Rabu, 26 Mac 2014

Menjejak Kasih ke Darul Iman

Alhamdulillah dapat juga ibu berbicara di sini setelah sekian lama menyepikan diri. Semalam, ibu, ayah, Faiz dan Faiq memulakan misi menjejak kasih ke Terengganu Darul Iman. Kali akhir kami ke sini adalah pada Januari yang lalu.

Selain melepaskan rindu kepada Along dan Angah, kami  juga dalam misi menghantar encik Saga untuk Along. Buat pertama kalinya ibu perlu memandu dari Jerantut ke Kuala Terengganu.

Kami memulakan perjalanan tika matahari tegak di kepala. Agak lewat kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kami singgah di Bukit Besi untuk berjumpa dengan Angah yang sedang menghadapi peperiksaan akhir semester ketika ini. Tidak lama kami di sini memandangkan ketika kami sampai Angah sibuk dengan urusan penempatan pelajar baru ke kolej untuk semester depan. Lagipun kami akan singgah lagi dalam perjalanan pulang nanti.

Tiba di Kuala Tetengganu kami terus ke rumah sewa Along sebelum ke rumah penginapan di Tok Jembal. Di sinilah kami menginap setiap kali ke Kuala Terengganu. Malam tadi Along ada ujian. Jadi, hampir tengah malam barulah Along boleh bersama kami di rumah penginapan ini.

Insyaallah, tengah hari ini kami akan bertolak pulang. Kami di sini tidak lama kerana bakal menjejak kasih ke Petaling Jaya pula selepas ini.




14 ulasan:

  1. Kasih dijejak walau pertemuan tak lama tapi kekal dpt menghilangkan rasa rindu..

    BalasPadam
  2. jauhnya perjalanan ibu..moga Allah permudahkan perjalanan ibu...aamiin

    BalasPadam
  3. Smga slmt smpi ke destinasi

    BalasPadam
  4. Smga slmt smpi ke destinasi

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum ibu, sihat ke? lama tak update blog. ibu busy ya? semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik ya... sheila singgah sambil menabung ford sini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdullilah. sheila dan baby sihat.. ibu lama menghilang...

      Padam
  6. seronoknya menjejak kasih :)

    BalasPadam
  7. Allah yuftah 'alaikum,ibu :)

    BalasPadam
  8. Salam Sal... lama betul menyepi... semoga selamat dalam perjalanan jejak kasih ni ya.

    BalasPadam
  9. lama betul akk menyepi..perjumpaan yg sekejap jailah buat melepas rindu..semoga selamat perjalanan pergi balik.hati2 memandu...:)

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah blog kak mie dah pulih kembali...rindu nk baca n3 akak.
    Itulah kasih ibu, sanggup bersusah payah demi anak2 trsayang......moga segala urusan dipermudahkan.....

    BalasPadam
  11. bagusnya set program jejak kasih..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA