Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet
Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para
saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati
pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar
laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari
akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai
“retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet
akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila
ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan
terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet
Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil
sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA
itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat.
Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak
tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui - [sumber]
Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat

