Selasa, 12 Februari 2013

Sekadar Bercuti di Rumah Sendiri


Assalamualaikum dan salam mesra buat semua.

Ramai yang mengambil kesempatan cuti kali ini untuk pulang bercuti. Tentu seronok dapat berkumpul bersama ibu bapa dan adik-beradik. Tidak kurang juga yang bercuti ke destinasi-destinasi tertentu di seluruh negara mahupun ke luar negara.

Bagi ibu sekeluarga, kami tidak ke mana-mana pada cuti kali ini. Sekadar menghabiskan masa bersama-sama di rumah. Kebetulan, rumah emak dan ayah tidak jauh dari sini. Dapat juga berjumpa dengan adik-adik yang balik bercuti.

Seperti biasa kami mengambil kesempatan sempena cuti ini untuk mengadakan majlis tahlil. Alhamdulillah, majlis telah berlangsung di rumah emak dan ayah malam tadi dengan kehadiran tujuh orang adik ibu bersama keluarga masing-masing. Terasa ada kekurangan kerana dua orang adik tidak dapat hadir bersama.

Ketika inilah rasa sayu dan rindu silih berganti. Rindu kepada arwah kerana tidak lagi dapat bersua muka, sayu atas kehilangan yang tidak dijangka.

Ingin sekali ibu coretkan segala kenangan bersama arwah di blog ini, namun ibu tidak punya kekuatan. Coretan yang tidak seberapa inipun dah buatkan airmata ibu mengalir laju apatah lagi untuk mengenangkan kembali setiap saat kami bersama sejak kecil.

Insyaallah, akan ibu cari kekuatan itu agar setiap kenangan dapat disimpan untuk tatapan anak cucu sebelum segala kenangan terpadam di ingatan mahupun tiba giliran dijemput mengadap-Nya.

Gambar beberapa tahun lepas. Ibu bersama emak, ayah dan sembilan orang adik namun seorang adik telahpun dipanggil mengadap-Nya lebih setahun yang lalu.


Mutiara Kata ♥ Tentang Pengetahuan



Isnin, 11 Februari 2013

1st Segmen: Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist


Tarikh tutup: 25.02.2013

Kali ini segmen sulung anjuran Ina Sazali pula jadi pilihan ibu. Kali pertama terpandang segmen ni terus berhasrat nak join. Suka tengok bannernya yang sweet tu. Ibu dahpun follow blog Ceritera Ina sebelum ini. 

Kata Ina, semua blog yang join segmen ini akan disenaraikan di bloglistnya sepanjang tahun 2013. Jadi, jangan lepaskan peluang. Jom join ramai-ramai. 

P/s: Semasa entri ini ditulis, peserta dah mencecah hampir 50 orang.


Tutorial: Cara Buat Tabber Widget (Gabungkan Widget)

Ramai yang bertanya bagaimana untuk menghasilkan tabber widget macam di sidebar blog ibu ini. Fungsi utama Tabber Widget ini adalah untuk menjimatkan ruang di sidebar blog. Jadi, blog nampak lebih kemas. Ibu mohon maaf kerana baru sekarang berkesempatan buatkan tutorial yang berkaitan. 

Cara Buat Tabber Widget (Gabungkan Widget)

1. Sediakan dulu widget-widget yang ingin digabungkan. 

2. Kemudian pergi ke Dashboard - Layout - Add A Gadget - HTML/Java Script. (Pastikan ruangan title dibiarkan kosong/ tanpa tajuk).  

3. Copy code di bawah dan paste ke ruangan HTML.

<style type="text/css">
    .tabber {
     padding: 0px !important;
     border: 0 solid #bbb !important;
    }
    .tabber h2 {
     float: left;
     margin: 0 1px 0 0;
     font-size: 12px;
     padding: 3px 5px;
     border: 1px solid #bbb;
     margin-bottom: -1px; /*--Pull tab down 1px--*/
     overflow: hidden;
     position: relative;
     background: #ffffff;
     cursor:pointer;
    }
    html .tabber h2.active {
     background: #fff;
     border-bottom: 1px solid #fff; /*--"Connect" active tab to its content--*/
    }
    .tabber .widget-content {
     border: 1px solid #bbb;
     padding: 10px;
background: #fffffff;
     clear:both;
     margin:0;
    }
    .codewidget, #codeholder {
     display:none;
    }
    </style>
    <script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.6.0/jquery.min.js"></script>
    <script type="text/javascript" src="http://greenlava-code.googlecode.com/svn/trunk/publicscripts/bloggertabs0.1_min.js"></script>
    <script type="text/javascript">
    $(document).ready(function() {
     $('#codeholder').bloggerTabber ({
      tabCount : 3     });
    });
    </script>
    <!-- to make sure the widget works, do not alter the code below -->
<div id='codeholder'><p>Get this <a href="http://www.bloggersentral.com/2011/05/create-tabbed-content-blogger-widgets.html" target="_blank">tabber widget</a></p></div>
  • Biru untuk warna background. 
  • Merah untuk warna sidebar
  • Hijau untuk jumlah tab yang ingin digabung. 
# Pilihan warna ada di SINI
4. Balik ke layout, seret/letak widget HTML yang telah dimasukkan code betul-betul di atas susunan widget yang ingin digabungkan.

5.  Siap..

Kredit: Bloggersentral.com


Qasidah Ya Hanana: Lirik dan Maksud

Qadidah Ya Hanana yang bermaksud Betapa Beruntungnya Kami sedang popular. Pertama kali ibu dengar semasa berkunjung ke ciklaili.com. *lambatnya ibu tahu. huhu...  Sekali dengar, terus hati terpikat dengan keunikan lenggok alunannya. Ye lah, kebiasaannya dengar qasidah tanpa lagu dan muzik. 

Selalu kita dengar qasidah yang disampaikan oleh Habib Syech. Hari ini ibu kongsikan qasidah versi kumpulan Anaasyidusshafa.


يَا هَنَانَـا
Ya Hanana
Betapa Beruntungnya Kami
*******************************

  

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّـدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-ay-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-bi Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa, Dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

 

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa-naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-nal-lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan adanya Muhammad SAW, Itulah anugerah termulia dari Allah.

 

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami


Ulang 2x


 

خُصَّ بِالسَّبْعِ المَثَانِى   وَحَوَى لُطْفَ المَعَأنِى

Khus-sho  bis-sab-’il  ma-tsa-niy   wa ha-wa  luth-fal ma-’aa-niy

Diistimewakan dengan ayat-ayat tujuh (Al-Fatihah), Dan penghimpun rahsia setiap makna,

 

مَالَهُ فِى الخَلْقِ ثَانِى   وَعَلَيْهِ اَنْزَلَ الله

Ma-la-hu  fil  khol-qi  tsaa-niy   wa a’-lai-hi  an-za-lal-lah…..

Tiada ternilai kemuliaannya, Dan Allah mewahyukannya ke atasnya (Muhammad SAW).


يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 

Ulang korus

 

 

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّـدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-ay-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-bi Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa, Dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

 

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa-naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan adanya Muhammad SAW, Itulah anugerah termulia dari Allah.

 

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 


Ulang korus

 

 

مِنْ مَكََّةٍ لَمَّا ظَهَرْ  لأَِجْلِهِ انْشَقَّ الْقَمَرْ


min mak-ka-til-lam-ma dzo-har   li-aj-li-hin syaq-qal qo-mar

Dari Makkah apa yang kelihatan, Atas permintaannya (Muhammad SAW) bulan terbelah,

 

وَافْتَخَرَتْ  اۤلُ مُضَرْ  بِهِ عَلَى كُلِّ اْلأَنَامِ

Waf-ta-khor-rot aa-lu mu-dhor     bi-hi a’-la  kul-lil ‘a-naa-mi

Dan keturunan Kabilah Mudhar (Kabilah Muhammad SAW), Dibanggakan oleh seluruh manusia.

 

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami


Ulang korus

 


ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّـدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

 

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa-naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-nal-lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan adanya Muhammad SAW, Itulah anugerah termulia dari Allah.


 

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 

Ulang korus

 

 

 أَطْيَبُ النَّاسِ خَلْقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقًا

Ath-ya-bun-naa-si khol-qon   wa a-jal-lun-naa-si khu-lu-qon

Bagindalah manusia yang terbaik ciptaanNya, Dan teragung akhlaknya,

 

 ذِكْرُهُ غَرْبًا وَشَرْقًا   سَائِرٌ وَالحَمْدُ لِلَّه

Dzik-ru-hu ghor-ba wa syar-qon    saa-‘i-ruw wal-ham-du LiL-Lah

Semua mengingatinya di barat dan di timur. Segala puji hanya bagi Allah,

 

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…


Ulang korus

 


ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّـدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

 

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa-naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-nal-lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan adanya Muhammad SAW, Itulah anugerah termulia dari Allah.


يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…

 

Ulang korus

 

 

صَلُّوا عَلَى خَيْرِ الاَنَامِ  اَلْمُصْطَفَى بَدْرِ التَّمَامِ

Shol-luu a’-la  khoi-ril a-na-mi   al-mus-tho-fa bad-rit-ta-maa-mi

Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, Yang terpilih bak Bulan Purnama,

 

 

صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا   يَشْفَعْ لَنَا يَوْمَ الزِّحَامِ

Shol-luu  a’-laiy-hi wa-sal-liy-muu  yasy-fa’-la-naa  yau-maz-zi-haa-mi

Selawatlah dan salam disampaikan kepadanya, Semoga kita mendapat syafaatnya di hari kebangkitan.


يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…


Ulang korus

 


ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّـدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

 

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad SAW, Itulah anugerah dari Allah.

 

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa….. (16X)

Betapa beruntungnya kami…




COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA