Assalamualaikum
dan salam mesra buat semua.
Ramai
yang mengambil kesempatan cuti kali ini untuk pulang bercuti. Tentu seronok
dapat berkumpul bersama ibu bapa dan adik-beradik. Tidak kurang juga yang
bercuti ke destinasi-destinasi tertentu di seluruh negara mahupun ke luar negara.
Bagi ibu
sekeluarga, kami tidak ke mana-mana pada cuti kali ini. Sekadar menghabiskan
masa bersama-sama di rumah. Kebetulan, rumah emak dan ayah tidak jauh dari
sini. Dapat juga berjumpa dengan adik-adik yang balik bercuti.
Seperti
biasa kami mengambil kesempatan sempena cuti ini untuk mengadakan majlis tahlil.
Alhamdulillah, majlis telah berlangsung di rumah emak dan ayah malam tadi
dengan kehadiran tujuh orang adik ibu bersama keluarga masing-masing. Terasa
ada kekurangan kerana dua orang adik tidak dapat hadir bersama.
Ketika
inilah rasa sayu dan rindu silih berganti. Rindu kepada arwah kerana tidak lagi
dapat bersua muka, sayu atas kehilangan yang tidak dijangka.
Ingin
sekali ibu coretkan segala kenangan bersama arwah di blog ini, namun ibu tidak punya kekuatan. Coretan
yang tidak seberapa inipun dah buatkan airmata ibu mengalir laju apatah lagi
untuk mengenangkan kembali setiap saat kami bersama sejak kecil.
Insyaallah, akan ibu cari kekuatan itu agar setiap kenangan dapat disimpan untuk tatapan anak cucu sebelum segala kenangan terpadam di ingatan mahupun tiba giliran dijemput mengadap-Nya.
Gambar beberapa tahun lepas. Ibu bersama emak, ayah dan sembilan orang adik namun seorang adik telahpun dipanggil mengadap-Nya lebih setahun yang lalu.
Insyaallah, akan ibu cari kekuatan itu agar setiap kenangan dapat disimpan untuk tatapan anak cucu sebelum segala kenangan terpadam di ingatan mahupun tiba giliran dijemput mengadap-Nya.
bestkan berkumpul adik beradik...
BalasPadamSudah semestinya, Nor..
PadamAssalamualaikum ibu, sheila terkenangkan abg dengan akak sheila yang terpisah sejak kecil. arghh rindu benar hati ni pada keduanya.. semoga Allah mendekatkan jarak yang terpisah ni. pasti ibu sheila rindukan mereka juga..
BalasPadamSedih pulak ibu baca. Insyaallah, selalulah berdoa agar dapat bersua dgn mereka..
PadamSeronok dapat kumpul ramai2......
BalasPadamSudah tentu seronok MP..
Padamsamalah.. kte pun lepak kat umah je cuti ni..
BalasPadamSeronok juga habiskan masa depan tv dgn anak2..
Padamseronoknya sis...famili ramai..js kalau balik ada beberapa org je..sunyi sepi kata org..hehe..famili x ramai...^^
BalasPadamMacam famili suami akak, tiga orang adik-beradik je tapi tetap meriah sebab masing-masing ramai anak. hehe..
Padammesti seronok dapat berkumpul sekeluarga...:)
BalasPadamPS: semoga satu hari nanti ibu dapat kuatkan semangat utk menulis ttg perkara tu...
Memang seronok Timi. Masa ni seronok mengenang peristiwa zaman kanak2..
PadamTangkap gambar ramai2 memang seronok...
BalasPadamSeronok bila keluar macam-macam cerita..
Padambesar fmly ibu :)
BalasPadammoga kekuatan tu muncul 1 masa nnt.. MATI adalah permulaan dlm sebuah kehidupan.. Setiap yg hidup pasti akan melaluinya.. Jgn cedih ye :')
Terima kasih Aizu..
Padambercuti di rimah pun best juga Mie, tambahan kalau ramai adik-beradik dapat berkumpul.
BalasPadamTabahkan hati ye Mie, Allah lebih menyayanginya. Al fatihah untuk arwah..
Terima kasih Ummi..
Padammmg seronok dpt berkumpul adk beradik,tp yg pergi takkan kembali..setiap masa mesti rindu kan kak.:)
BalasPadamBetul PK. Bila dah berkumpul ramai-ramai terasa rindu sangat..
Padambila dapat bberkumpul adik beradik ..mmg saat yg bahagia..malangnya saya jauh sebatang kara di sini..rindu kg
BalasPadamAla kesiannya Izan. Akak dulupun sepuluh tahun jauh drp keluarga tapi anak2 kan ada..
Padamxper, brcuti kt umah sndri pon best..dpt brkumpul, berbual ramai...meriah sngguh :D..
BalasPadamkuatkan smgt ye kak...tuhan lbih sygkn dia..bia tuhan jge dia kt sne :)
Terima kasih CT
Padamassalamualaikum salmi...seronoknya berkumpul reramai mcm ni...;)
BalasPadamSudah tentu seronok.. Ada macam-macam cerita
Padamhappy hour bersama family..
BalasPadamTerima kasih Mia..
PadamInnalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun.. semoga kt berjumpa di Jannah, dan semoga Allah menempatkan ruh adik ibu bersama org2 beriman :)
BalasPadam