Jumaat lepas terima mel rakyat dari PLKN. Dah agak, tentu daripada Ude sebab tertera alamat pengirim di belakangnya. Menulis surat kepada ibu bapa atau penjaga mungkin salah satu daripada pengisian modul yang diikuti oleh para pelatih PLKN. Agaknyalah sebab semasa Angah menjadi pelatih PLKN dulupun ibu terima surat sama.
Panjang juga coretan Ude. Perasaan ibu bercampur baur antara bangga, gembira dan sedih ketika membaca luahan hati Ude. Menitis jugalah airmata seorang ibu. Katanya, rindu kepada kami di rumah dan tak sabar nak balik tapi pada masa yang sama dia dah ada ramai kawan di sana. Secara tak langsung dapat ibu rasakan yang Ude semakin gembira dan seronok di sana. Alhamdulillah..
Sebenarnya dah dua kali ibu dan ayah melawat Ude di sana. Kali pertama pada minggu kedua Ude di sana. Ceritanya ada di sini. Minggu lepas kami ke sana lagi menghantar buah-buahan untuk Ude. Anakanda sorang ni memang penggemar buah.
Sebenarnya dah dua kali ibu dan ayah melawat Ude di sana. Kali pertama pada minggu kedua Ude di sana. Ceritanya ada di sini. Minggu lepas kami ke sana lagi menghantar buah-buahan untuk Ude. Anakanda sorang ni memang penggemar buah.
Pagi-pagi tadi dapat mesej daripada Ude. Jam 6.55 pagi mereka dah bertolak ke Teluk Cempedak kerana terlibat dengan majlis pelancaran My Beautiful Malaysia peringkat negeri Pahang. Inilah program pertama mereka di luar kem setelah sebulan bergelar pelatih.
P/s: Mel Rakyat adalah kemudahan yang disediakan oleh Pos Malaysia. Jika ingin tahu lebih lanjut, boleh klik SINI.
P/s: Mel Rakyat adalah kemudahan yang disediakan oleh Pos Malaysia. Jika ingin tahu lebih lanjut, boleh klik SINI.
Kak ibu ... Ude cantik macam ibunya....
BalasPadamrindu kat mak walaupon tiap2 minggu balk kg..:)
BalasPadamTak sabar lak nak tengok anak saya membesar cam anak Ibu ni.. hehe
BalasPadammestilah anak rindu pd ibu dan keluarga. sedangkan saya yg dah kawen dan beranak pinak ni pun asyik rindukan mak, inikan pulak anak ibu yg masih muda remaja ni. hehe
BalasPadamAlhamdulillah, seronok bila dapat surat dari anak2kan. Zaman sekarang ni dah jarang dapat surat peribadi sebab dah ada macam-macam cara lain, sms dan email.
BalasPadamTapi rasanya dapat surat lagi seronokkan,
semoga ude dapat menjalani latihan dengan jayanya di sana...:)
BalasPadamtba2 terasa rindu pulak zaman plkn cik Que dulu bila terbaca entry kak Salmi.. ^__^
BalasPadamSalam..zaman airis dlu tak de plkn nih tpi mesti sronok kan dapat knal ngan kawan2
BalasPadamude makin seronok ye disana?bila terima surat cmni baru rasa feel macam zaman dulu2 kan kak?pastu mula la drama air mata.hehe..perasaan ridu tu normal,Insyaallah tak lama lg habis la tu.masa cpt je berlalu..:)
BalasPadamtentu terubat rasa rindu di hati kan...
BalasPadamsama-sama gembira bila berjumpa. terubat rindu di hati.
BalasPadamwaa,alhamdulillah :)
BalasPadammoga ude sihat2 + ceria2 disana....mesti kerinduan ude membuak2 pd ibu n ayah serta adik2...moga ude mampu melawannya.....
BalasPadammoga ude terus ceria dan seronok jalani latihan kat sana... :)
BalasPadam