Selasa, 12 Februari 2013

Kulat Sisir @ Cendawan Kukur Goreng Kering

Jika sebut kulat sisir atau cendawan kukur ibu rasa ramai yang tahu. Bagi yang tinggal di kampung terutama yang tinggal berhampiran kebun getah, kulat sisir tentu tidak asing lagiUntuk pengetahuan, kulat sisir suka tumbuh pada batang pokok getah yang dah mati dan kebiasaannya tumbuh selepas hujan.

Masih ibu ingat ketika zaman kanak-kanak di kampung dahulu, amat mudah mendapatkan kulat sisir ini kerana rumah ibu terletak berhampiran kebun getah. Terasa amat rindu akan suasana meriah ketika bersama emak dan adik-adik mencari kayu api, pucuk paku dan kulat sisir di kebun getah berhampiran. Namun, semuanya kini hanya tinggal kenangan.

Inilah rupa kulat sisir yang telah kering.

Semasa memasak tengah hari tadi teringat kulat sisir yang ibu beli di pasar malam beberapa minggu lepas. Kebiasaannya ibu masak lemak cili api tapi disebabkan kelmarin dahpun makan gulai lemak dan kari di majlis kahwin, jadi hari ini kulat tu ibu goreng je. 

Kulat Sisir @ Cendawan Kukur Goreng Kering  air tangan ibu tengah hari tadi.

Resipi Kulat Sisir @ Cendawan Kukur Goreng Kering

Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk/ pot kulat sisir @ cendawan kukur
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 batang serai - dititik
  • 6-8 biji cili padi (boleh tambah atau kurang)
  • Sejemput ikan bilis @ udang kering - ditimbuk kasar
  • Garam
  • Minyak
 
Cara Memasak:
  1. Cendawan dibersihkan dan buang bahagian keras pada pangkalnya. Rendam kulat seketika. Bilas dengan air dan perah hingga kering.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup hingga lumat.
  3. Masukkan bilis/ udang kering dan tumbuk lagi hingga separa lumat.
  4. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai hingga wangi. Masukkan garam dan kacau hingga agak garing.
  5. Masukkan kulat dan goreng hingga agak kering.
*Bagi yang suka Kulat Sisir Goreng Bertelur, hancurkan telur dan masukkan semasa menggoreng.


36 ulasan:

  1. haisshh.. lama tak makn kulat sisir ni.. dulu kt kg suka kutip kat batang pokok getah.. hee... wat masak lemak sedap gak nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kulat sisir suka hidup pada pokok getah yang dah mati. Sedap jika masak lemak cili padi.. sengaja nak ubah selera.

      Padam
  2. wau sedapnya..suka sgt mushroom2 nie , hihi..
    lap2 air liur , tgh lapar nie.. :D

    BalasPadam
  3. cendawan ni sedap..mak selalu wat tumis je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kulat sisir ni boleh kita pelbagaikan resipinya. Memang sedap..

      Padam
  4. wahhh...sedap nampak cendawan goreng nie...

    salam kenal..ila follow sini =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ila sudi singgah dan follow. .

      Padam
  5. kulat yg berwarna hitam sama ngan kulat sisir gak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pastilah Cik Que. Rupanya macam mana? Kulat sisir ni warnanya putih

      Padam
  6. cendawan kukur ni biasanya mama Farah masak lomak cili api jer ibu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kulat sisir ni memang terkenal dengan masak lemak cili api.. Sengaja ibu goreng utk ubah selera..

      Padam
  7. sedapnya kak mie...feveret yah tu...masa kecik2 suka ikut atuk cari kulat sisir nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap Yah tapi sekarang ni agak susah nak dapat..

      Padam
  8. kulit sisir nie masak lemak gan goreng sedap....ingat time kecik2 dulu...selalu makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap CR, terutama masak lemak cili api..

      Padam
  9. sdap tu ibu...ssh nak dapt kulat sisir skarang nie...klu ada pon mahal..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Nor.. Susah nak dapatkan sekarang ni..

      Padam
  10. Assalamualaikum ibu, apa rasanya? teringin nak cuba. hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh nak ceritakan macam mana rasanya. Di Johorpun ada ni Sheila sebab mak mertua pernah masak..

      Padam
  11. Ohh masih teringat rasanya.. masak lemak cili api ..hingga menjilat jari ibu.. :)

    BalasPadam
  12. masa kecik dulu rasanya pernah nmpk mushroom nie,tp tak berani nak makn gitu je sbb ada org kata kulat tak boleh mkn sebarang,ada racun betul ke tak ekk..

    mmg sedap hidangan mushroom.sy suka!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kulat/ sendawan banyak jenis PK. Kulat sisir ni tak beracun tapi jadi beracun jika terkena racun rumpai yang disembur di kawasan tersebut.

      Padam
  13. Balasan
    1. Rugi JS tak makan. Sedap tau..

      Padam
  14. jrg mkn cndawan sbb jrg beli...hihi..tp sedap! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap CTK.. Rugi siapa yang tak makan..

      Padam
  15. alahai sedapnya..lama dah tak makan,masa kecik2 dulu mmg suka sgt makan cendawan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap. Rugi kalau tak makan..

      Padam
  16. kulat sisir?? 1stime yana dgr. tp nmpk mcm menyelerakan ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap Yana terutama masak lemak cili api..

      Padam
  17. sedapnyaaa.. sy suke makan ni.. tp dh lama xmakan huhuhu

    BalasPadam
  18. sy makan juga cendawan...
    tapi tak tahu cendawan jenis apa yang sy makan.... ^_~
    hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama07 Julai, 2015

      memg sedap cendawan ni...skg sush nk dapat..

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA