Khamis, 21 Februari 2013

Terima Kasih Blogger NzA

Assalamualaikum dan salam mesra buat semua.

Seperti yang dijangkakan, semakin hari ibu semakin menyepi dari dunia maya ini. Tengok aje macam hari ni, dah tengah malam barulah berkesempatan menjenguk blog kesayangan. Nak buat macam mana kan.. Tuntutan tugas perlu diutamakan.

Sekarang, sekolah-sekolah sibuk dengan aktiviti kokurikulum. Setiap minggu ada saja acara sukan yang dipertandingkan. Maka, tempiasnya turut terkena pada ibu. Semalam ibu dan rakan-rakan terlibat memilih peserta untuk kejohanan olahraga yang akan berlangsung pada minggu depan. Hari ini sesi latihan dah pun bermula. 

Ibu harap rakan-rakan tidak jemu untuk berkunjung ke sini walaupun kunjungan tidak berbalas. Insyaallah akan ibu usahakan untuk membalas setiap kunjungan.

Dalam kesibukan, Alhamdulillah semalam ibu terima buat tangan dari Vietnam.
Gembiranya hati sebab dapat penanda buku yang amat comel daripada rakan blogger, NzA yang juga merupakan rakan lama ibu. Penanda buku ini adalah cenderahati sebagai salah seorang pengomen terbanyak di blog 4fn1mf

Sebenarnya, NzA adalah rakan paling rapat dengan ibu semasa kami sama-sama mengajar di Sekolah Kebangsaan Sawah Dato', Mersing suatu masa dahulu. Namun, kami terpisah selepas itu sehinggalah dipertemukan kembali melalui dunia maya ini. Ibu pernah buatkan entri khas buat Nza di sini.

P/s: Terima kasih Yah. Akak suka sangat penanda buku tu. Comel...

15 ulasan:

  1. comelnya... Tahniah kak ibu salmi...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ibu, comelnya penanda buku tu. unik sekali!

    BalasPadam
  3. cantiknya kak mie... hadiah dari jauh tu kan!

    BalasPadam
  4. sama2 kak mie..itu je yg mampu yah beri utk ka mie......Kak mie ttp best friend yah smpai bila2.....

    BalasPadam
  5. wah comei...jauh hadiah tu naik flight bagai kan...hehe

    BalasPadam
  6. comelnya..sy pn nk bg hadiah utk akak, tgu akak emel address je..heeeee

    BalasPadam
  7. comellah penanda buku tu.. ohh ibu bizi ye.. xpe setia menanti :)

    BalasPadam
  8. Tahniah ibu~ Memang sekolah2 sibuk mengadakan aktiviti sekarang ni. Pelajar pun agak sempit masa lapangnya,apatah lagi seorang guru~ ^_^

    BalasPadam
  9. wah bestnya...mmg comel dan unik penanda buku tu....

    BalasPadam
  10. ye betul, memang comel penanda buku tu

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA