Semalam ibu dan ayah cuti untuk mengambil Angah. Walau bagaimanapun ibu tetap ke sekolah untuk membekalkan kerja sekolah kepada murid-murid. Sehari sebelum itu tak sempat nak berikan kerana sepanjang hari murid-murid terlibat dengan Festival Nasyid peringkat sekolah.
Ibu, ayah dan Along bertolak ke Dungun pukul 10.00 pagi. Singgah di R&R untuk sarapan dan menyambung perjalanan semula. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan. Keadaan cuacapun sangat baik; redup sepanjang perjalanan. Kami tiba di sana pada pukul 2.00 petang.
Sebenarnya, Angah
dahpun beli tiket bas untuk balik bersama rakan-rakannya pada hari ini. Walau bagaimanapun disebabkan masalah kesihatan yang masih
membelenggu, ibu keberatan membiarkan Angah balik dengan bas.
Pukul 3.00 petang kami bertolak pulang dan singgah di Kem PLKN Gambang pada pukul 5.30 petang untuk mengambil Ude. Alhamdulillah pukul 7.30 petang kami selamat tiba di rumah. Akhirnya, seluruh ahli keluarga dapat berkumpul semula. Hilang segala penat dek rindu yang dah terubat.
Program yang diadakan pada hari Rabu.
Angah kakcik pernah menyertai latihan PLKN di Kem Gambang tu beberapa tahun dulu...
BalasPadambila semua berkumpul..mesti meriahkan..selamat bercuti =)
BalasPadamconfirm meriah dan gamat suasananya kan
BalasPadamPasti meriahkan... qayyum balik hari ni,...itupun rasa tak sabar nak jumpa...
BalasPadamdah berkumpul pasti meriah..
BalasPadamSeronok semua orang dalam rumah. Anak saya Aimi masih terkandas di perjalanan..huhu..
BalasPadamangah balik bercuti ye?bestnya..dpt la habiskan masa bersama seisi keluarga..
BalasPadamooh best la semua dapat berkumpul.....hehe
BalasPadam