Jumaat, 22 Februari 2013

Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda Sekolah

Assalamualaikum dan salam mesra buat semua. Alhamdulillah, bersua lagi di alam maya.

Semalam, sekolah ibu mengadakan kursus kepimpinan buat para pemimpin muda sekolah yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) serta  Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Kursus ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama Unit Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

Tujuan kursus ini adalah untuk:
  1. memperkembang potensi kepemimpinan dalam diri pemimpin muda
  2. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kepimpinan
  3. meningkatkan tahap kesedaran dan tanggungjawab pemimpin muda dan
  4. meningkatkan keyakinan dan harga diri pemimpin muda.
Program bermula pukul 2.00 petang di dewan terbuka sekolah. Nak tak nak, si bongsu ibu, Faiq terpaksa bercuti lagi dari sekolah agama petang. 

Aktiviti "Si Buta Sayang" yang bertujuan memperkenalkan konsep memimpin dan dipimpin. Cer teka, mana putera bongsu ibu...

Sepanjang kursus diadakan dapat dilihat para pemimpin muda ini mempunyai potensi yang cerah sebagai pemimpin masa depan, cuma mereka memerlukan banyak bimbingan, panduan dan tunjuk ajar agar dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa depan.

Melalui kursus pendek ini, para peserta didedahkan dengan kelemahan-kelemahan yang mereka miliki dan kaedah untuk menangani kelemahan tersebut. Di samping itu, mereka juga didedahkan dengan beberapa kemahiran penting dalam aspek kepemimpinan.

Diharapkan para peserta dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperoleh sepanjang kursus serta dapat mengasah bakat kepimpinan dalam diri masing-masing dari semasa ke semasa.


12 ulasan:

  1. bagus ade aktiviti mcm ni..supaya mereka lbh berni..

    BalasPadam
  2. bagus program ni, dapat mengesah kemahiran pelajar2 sejak di sekolah lagi

    BalasPadam
  3. memberi pendedahan awal mmg bagus utk bina keyakinan diri buat mrk..insyaallah bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nti...

    BalasPadam
  4. Teringat zaman sekolah dulu kak.. Harap Yusuf pun akan dapat hadir program macam ni nanti.. :D

    BalasPadam
  5. didik dari awal..
    dulu time budak best nk join mcm nih..tp mai besar mcm susah plak..sebab makin mencabar..kalah fear factor..haha..

    BalasPadam
  6. putera bongsu ibu yg bersongkok tu.. heee tol x.. tu la seronok nmpk diorng bl ade aktiviti sbegini melatih kemahiran sosial sbenarnya ;)

    BalasPadam
  7. mmg budak2 dari kecil harus dididik dgn konsep menjadi pemimpin dan org yg dipimpin....bertuah siapa yg terlibat dalam kursus ni...

    BalasPadam
  8. memang bagus program macam ni...sekolah saya buat pada mnggu lepas....

    BalasPadam
  9. assalamualaikum nor....bagusnya program ni...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama01 Mac, 2013

      dok best

      Padam
    2. Tanpa Nama07 Mac, 2013

      yelah memang bagus program macam ni.

      Padam
  10. Tanpa Nama07 Mac, 2013

    yelah memang bagus ada program macam ni

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA