Memandangkan cuti Tahun Baru Cina hampir berakhir dan anak-anak akan pulang ke tempat belajar masing-masing, semalam kami ambil kesempatan keluar bersama-sama. Lagipun anak-anak dah bosan kerana dah beberapa hari terperap di rumah je.
Kami bertolak agak lewat. Maklumlah, lama menunggu tuan-tuan puteri bersiap. Sudahnya, hasrat ayah untuk servis kereta terpaksa dibatalkan. Destinasi pertama ke Kamdar Temerloh untuk cari kain untuk buat jubah Angah. Sebelum ini ibu dan Angah dah terjah kedai-kedai kain di Jerantut tapi tiada yang berkenan di hati.
Di sini tetap tak jumpa kain seperti yang dihajati, namun masih banyak pilihan lain cuma kualitinya tidak setanding kain-kain yang ibu pernah beli sebelum ini. Harganya buat ibu telan air liur beberapa kali, namun bila tengok ayah cool je, ibupun tumpanglah sekaki. Along dan Udepun tak lepaskan peluang.
Di sini tetap tak jumpa kain seperti yang dihajati, namun masih banyak pilihan lain cuma kualitinya tidak setanding kain-kain yang ibu pernah beli sebelum ini. Harganya buat ibu telan air liur beberapa kali, namun bila tengok ayah cool je, ibupun tumpanglah sekaki. Along dan Udepun tak lepaskan peluang.
Hasil rembatan di Kamdar. Ibu, Along dan Ude tumpang berkaki-kaki..
Kemudian kami ke Star Mall Mentakab. Tujuan utama nak beli baju dan seluar untuk anak-anak bujang. Cepatnya bujang dua orang ni besar. Semua baju dan seluar dah sendat. Baju dan seluar yang beli semasa cuti sekolah Disember lepas je yang masih selesa dipakai.
Sampai je terus ke tingkat atas, terlupa yang baju budak di tingkat paling bawah. Sekali lagi, Along dan Ude tak lepaskan peluang. Lepas satu, satu dirembat oleh anak dara dua orang tu. Macam biasa ayah cool je melayan kehendak anak-anak.
Kemudian kami ke kedai buku Popular. Macam biasa, masing-masing berakar bila di kedai buku. Dah hampir sejam di sini, masing-masing terus memilih dan memilih lagi hinggalah si bongsu mula merengek lapar.
Antara hasil rembatan setelah hampir sejam di sini.
Angah yang ke sini bermodalkan baucar buku 1Malaysia mendapat kad keahlian setelah berbelanja dengan 3 keping baucar.
Si bongsu memilih untuk makan di KFC. Selesai makan kami ke tingkat atas semula. Along yang sejak mula nak beli sandal boleh pulak terlupa. Sempat juga singgah di tiga buah outlet sebelum jumpa yang berkenan di hati.
Macam biasa, inilah bekalan untuk dibawa pulang. Belum pernah beli kurang daripada ini. Maklumlah kaum kerabat ramai. Tapi yang ini pinjam gambar encik google je, terlupa snap gambar akibat keletihan. Sampai di rumah dah hampir pukul 10.00 malam. Sekejap je ibu dah terlelap. Anak-anak sempat lagi menonton sambil kenduri donut...
Punyalah lama shopping, tujuan utama tak tercapai. Esok kita pulangkan Ude ke PLKN, bolehlah shopping di Kuantan pula ye Ayah...
wow...byknya shopping buku! bila lah nk dpt baucer bku ni...xsabar nk shopping buku
BalasPadamI really love your site.. Excellent colors & theme.
BalasPadamDid you develop this web site yourself? Please reply back as I'm wanting to create my own personal website and would like to know where you got this from or exactly what the theme is called. Thank you!
my web-site; easy payday loans
I really love your site.. Excellent colors & theme.
BalasPadamDid you develop this web site yourself? Please reply back as I'm wanting to create my own personal website and would like to know where you got this from or exactly what the theme is called. Thank you!
my blog post :: easy payday loans
My site > visit home page
hehehe....rupanya aktiviti kita pn sama trmasuk la anak2...i like it...
BalasPadamWah sedapnya big apple donut...feveret yah n anak2 jugak.....
Assalamualaikum ibu, bestnya sekeluarga shopping! ohh angah balik bercuti seminggu daripada PLKN ye. angah suka tak PLKN? hee
BalasPadamSmuanya sbb Angah la yer.. ibu & adk bradik yg lain pn dpt manfaat.. kain ela+buku.. :)
BalasPadambestnya shopping..
BalasPadamsaya baru sekali dua je pegi star mall tu kak,bila blk kg je terperap kat rumah je keje nya
wahhhh..bnyknya buku! nnt saya pun nak didik anak2 la ke kedai buku, nak pupuk budaya membaca pd mereka
BalasPadamsatu shopping mall jln2 ... dh lama tak shopping ngn family. rindunya time kecik2 ^^
BalasPadamwaaaa~ bestnyaa shopping., errr.. tergoda Lissa tengok donut tuu.. >.< *lapaarrr*
BalasPadambestnya Mie, shopping sakan, kain2 tu pun cantik sangat.
BalasPadamNak big apple juga boleh? hehe..
wah...shopping sakan ye Kak..
BalasPadamsesekali tak pe.. keluar bersama anak2 mmg best..:)
anak ibu berapa orang.. hehe mesti best kan smua dh membesar, boleh jd kawan..
BalasPadameeee seronoknyee shoping buku !! byk plak tuu.. puas hati laa :D
shoping...wah sakan tuu
BalasPadamWahh syok byk shopping tuh..yg paling best donut tu.hihihi
BalasPadambanyak borong ibu... :)
BalasPadam
BalasPadamAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.