Sabtu, 31 Disember 2011

Pinggan Mangkuk Lama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Sebelum menutup tirai 2011 ni, ibu ingin berbicara pasal minat baru ibu. Minat terhadap pml a.k.a pinggan mangkuk lama ni mula bercambah setelah emak menghadiahkan dua set pml kepunyaannya kepada ibu awal tahun ini. Set yang pertama ni telah berada dalam simpanan emak lebih 23 tahun....


Jumaat, 30 Disember 2011

Ada yang belum selesai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Cuti sekolah berbaki empat hari sahaja lagi. Ini bermakna hanya tinggal empat hari lagi sekolah akan dibuka semula.  Dalam tempoh yang singkat itu jugalah ibu bapa perlu melengkapkan keperluan anak-anak bagi memulakan sesi persekolahan 2012. Bagi ibu dan ayah, alhamdulillah semuanya sudah...


Khamis, 29 Disember 2011

Si Biru WindMill ♥ Menggamit Nostalgia

Walaupun set WindMill ni bukan kategori PML tapi ibu cukup berkenan.. Ternampak je set WindMill biru dalam album kenalan pml hati ibu dah terpikat.. Set ni mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak di rumah rumah arwah wan (panggilan orang Pahang bagi nenek). Seingat ibu, coraknya tidaklah sama 100% tetapi corak bunga di tepi piring tu benar2 menggamit nostalgia. Ibu...


Rabu, 28 Disember 2011

GEYLANG-SHOP DECEMBER GIVEAWAY

Jom join GA Dengan sukacita dan rasa teruja, ibu nak umumkan yang hari ni ibu nak join GA anjuran Geylang Shop.   Klik gambar untuk sertai Dianjurkan oleh: http://geylang-shop.blogspot.com/ GA ni dianjurkan untuk menghargai semua pelanggan dan bakal pelanggan Geylang Shop. Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi kerana GA ni akan tamat pada 31...


Isnin, 26 Disember 2011

Takwim Persekolahan 2012

Sekejap benar masa berlalu. Tinggal beberapa hari saja lagi sekolah akan dibuka semula. Bagaimana dengan persiapan anak-anak? Bagi ibu, masih ada yang belum beres. Di sini ingin ibu kongsikan Takwim Persekolahan 2012. Dengan adanya takwim ini, mudahlah nak buat perancangan untuk tahun depan. Mana-mana perancangan tahun ini yang tak dapat dilaksanakan...


Ahad, 25 Disember 2011

Tragedi Rose Hijau

Hari ni ibu nak kongsi satu lagi pengalaman berkaitan pembelian di alam maya. Kali ni cerita tentang pembelian teko porselin antik. Ibu bukanlah seperti pengumpul² pinggan mangkuk lama yang hunting ke sana-sini untuk mendapatkan barangan. Ibu lebih banyak hunting secara online je. Pertama kali beli pml online ni, ibu beli tiga biji teko aladdin iaitu sakura,...


Sabtu, 24 Disember 2011

Shopping di Alam Maya

Kekangan masa menyebabkan ibu lebih banyak membeli secara online terutama material untuk produk jahitan bagi Teratak Impian. Lagipun lebih mudah memilih barangan di alam maya kerana pilihan tak banyak hingga menjadi kita rambang mata. Terbaru, ibu beli beberapa design kain dalam jumlah yang agak besar.  Kecewanya apabila salah satu design...


Jumaat, 23 Disember 2011

Cikgu Juga yang Salah..

Kejadian beberapa hari lepas memang mengecewakan ibu. Panggilan daripada GPK Hem memaklumkan seorang murid ibu datang ke sekolah minta buku Rekod Kesihatan. Katanya dia tak dapat RK tu. Ibu tak puas hati sebab ibu dah serahkan semua dokumen sebelum cuti.. Setelah disiasat, barulah dia mengaku bahawa fail peribadi yang berisi RK tu dibawa semasa menghadiri...


Khamis, 22 Disember 2011

OzzieThingsAndStuff GiveAway

  Ketika bw hari ni, ibu terjumpa blog OzzieThingsAndStuff yang telah melancarkan GiveAway yang ibu rasa mudah untuk disertai terutama oleh blogger baru seperti ibu. OzzieThingsAndStuff ni merupakan sebuah blogshop yang menjual buku resepi dan silicone bakeware. Bagi yang ingin turut serta, sila klik banner atau sini Jom kita sama-sama...


Selasa, 20 Disember 2011

Pesanan Buat Isteri

Jika semalam kita berkongsi tips khusus buat para suami atau bakal suami untuk membina rumah tangga bahagia, hari ini kita berkongsi pula tips buat kaum hawa yang bakal dan sedang bergelar isteri. Mari kita hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.  Sewaktu...


Isnin, 19 Disember 2011

Pesanan Buat Suami

Hari ni, ibu ingin berkongsi sesuatu dengan pengunjung blog ibu yang masih baru ni. Tips daripada Dato' Dr Fadzilah Kamsah ini khusus buat para suami atau bakal suami untuk membina rumah tangga bahagia.  23 tips yang diberikan ialah:  1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung...


Ahad, 18 Disember 2011

Durian Belanda Penawar Kanser?

Baru-baru ini ibu terbaca artikel tentang khasiat durian belanda yang dikatakan boleh merawat penyakit kanser dan jauh lebih berkesan berbanding rawatan kemoterapi.  Bagi yang sebaya dengan ibu rasanya tiada masalah untuk mengenali buah tersebut. Walau bagaimanapun bagi generasi muda, ibu percaya tidak semua mengenali buah ini. Jika dulu, pokok...


Jumaat, 16 Disember 2011

Mengapa Disember?

Iniah soalan yang Faiq kerap tanyakan ibu. Nak tahu mengapa? Tentulah kes tak sabar nak sambut hari lahir. Katanya kawan-kawan lain sambut hari lahir di sekolah tapi dia hanya menyambutnya di rumah saje. Maklumlah, Disember kan cuti sekolah. Tahun ini ibu tak dengar dah soalan tu. Faiq dah faham, maklumlah dah 8 tahun.   Inilah Faiq, permata hati...


Rabu, 14 Disember 2011

Harapan dan Impian

...


Selasa, 13 Disember 2011

Teratak Impian

Ibu nak cerita sikit tentang blog pertama ibu, Teratak Impian yang baru setahun jagung.. Teratak Impian yang lahir pada Februari 2011 asalnya menjadi laman perkongsian minat dalam hiasan ala inggeris. Namun, tidak lama kemudian, ibu mula mempromosikan hasil jahitan ibu seperti cushion cover, hanging pillow, throw pillow, stoking hiasan dan lain-lain...


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA