Sabtu, 13 Jun 2015

Untuk Renungan Ayah-ayah

1. Setelah mempunyai anak, ramai yang mengaku telah menjadi AYAH. Sebenarnya, belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer. Kena belajar dulu bagaimana nak imbang bola itu.

2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak. Astagfirullah.. Maaf ye macam kasar je kerana ramai lelaki begitu, walau bagaimanapun bukan semua.

3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi. Tak caya tanyalah para isteri.

4. Sekiranya seorang AYAH tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu .. Muhasabah diriku.

5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah daripada AYAH. Banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah.

6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab.

7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama.

8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama.

9. Mengikut kajian, ramai ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.

10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Di manakah AYAH; sang pengajar utama?

11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer.

12. Banyak anak sudah berasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

13. Ayuh wahai ayah semua, ambillah semangat Al-Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang prihatin.

14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH.

15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggungjawabkan kelak.

16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperoleh daripada datuk dan ayah saudaranya sendiri.

17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelar umat terbaik.

18. Dalam Al-Quran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 daripadanya adalah antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam al-Quran!

19. Marilah semua wahai AYAH untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan di masjid.

20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak, tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

21. Ibarat burung yang punyai dua sayap, anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi di angkasa. Kedua-dua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.

22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak.

23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yang peduli. Tegas dan prihatin itu sikap utama.

24. Jom, wahai ayah-ayah! Pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH yang prihatin dengan urusan pengasuhan dan pembentukan generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar. Wallahua'lam.


Sumber: FB Surau Al-Huda 5R4




3 ulasan:

  1. Ada terbaca difacebook dan tag en suami..semua bapa patut baca ni

    BalasPadam
  2. Betul kata PK, semua bapa mesti baca. Semua lelaki sebenarnya, walaupun belum bergelar suami mahupun bapa..

    BalasPadam
  3. Saya mohon share di FB sy ye...sempena hari ayah ni..utk ayah2 di luar sana ..terima kasih

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA