Isnin, 2 Julai 2012

Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”. 

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Kenyataan akhbar yang menyatakan bahawa NASA telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui - [sumber]


Ahad, 1 Julai 2012

Rumah Dimasuki Pencuri ♥ Doa agar Selamat dari Kecurian

Rumah ibu pernah dimasuki pencuri ketika ibu pulang ke kampung. Penjenayah mengambil kesempatan memecah masuk pada waktu malam ketika bekalan elektrik terputus. Jiran ibu menyedari kejadian itu keesokan harinya apabila melihat pintu rumah ibu sedikit terbuka. 

Alhamdulillah tiada satupun barang yang hilang dalam kejadian itu. Duit-duit yang ada dalam tiga tabung yang ibu susun di dalam almari juga tidak terusik. Ibu tak menyimpan barang kemas di rumah. Barang kemas ibu hanya yang ada di badan sahaja. Jadi, malam itu mereka pulang tangan kosong. Namun, ibu bersyukur kerana kejadian berlaku ketika kami tiada di rumah.

Itu cerita lebih sepuluh tahun yang lalu. Ketika itu ibu masih tinggal di Mersing. Kini, kejadian tersebut kembali menghantui ibu. Banyak kejadian pecah rumah berlaku di sini. Bezanya, jika dulu kejadian pecah rumah biasa berlaku ketika ketiadaan tuan rumah dan berlaku pada malam hari, kini tidak lagi. 

Beberapa hari lepas, di sebuah taman perumahan tidak jauh dari tempat ibu tinggal berlaku satu kejadian pecah rumah. Penjenayah masuk melalui bumbung pada siang hari ketika tuan rumah ke tempat kerja. Bukan setakat melarikan barang kemas dan duit, mereka siap tinggalkan nota memperlekehkan Rukun Tetangga.

Dalam satu kejadian lain, penjenayah menunggu di pintu rumah sambil memegang parang. Amat menakutkan. Dalam keadaan sekarang, selain berhati-hati, kita hanya mampu berdoa. 


Kebetulan beberapa hari lepas, ibu terbaca status FB Ustazah Siti Nor Bahyah yang berkongsi doa untuk selamat dari kecurian. 
Jom kita kongsikan..




Akibat Salah Sangka

Cabul Nenek Disangka Gadis


KULIM – Hendak melepas nafsu kepada cucu tetapi yang jadi mangsa, nenek. Itulah yang berlaku dalam kejadian cubaan cabul di daerah ini kira-kira jam 6.30 pagi semalam. 

Dalam laporannya kepada polis, mangsa yang berusia hampir 70 tahun memberitahu, dia sedang berwuduk dalam bilik air di luar rumahnya ketika dipeluk dari arah belakang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki.

Menurutnya, lelaki itu menciumnya bertubi-tubi sebelum cuba menanggalkan kain basahan mangsa. Suspek kemudian mengarahkannya supaya diam.

Namun mungkin setelah mendapati ada kelainan pada fizikal nenek itu yang berbeza daripada sangkaannya, suspek berbisik dan bertanya mangsa: “Tak kerja ka?”

Mangsa yang ketakutan menjawab pertanyaan itu dengan berterus-terang bahawa dia sudah lama tidak bekerja kerana usianya pun sudah melebihi 60 tahun.

Suspek yang baru tersedar dia tersilap sasaran, segera melepaskan mangsa dari pelukannya Dia mengarahkan mangsa mandi sebelum segera berlalu meninggalkan tempat itu.

Nenek malang itu kemudian dibawa anggota keluarganya ke balai polis untuk membuat laporan. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh yang mengesahkan kejadian itu berkata, golongan wanita seharusnya lebih berhati-hati ketika berada di dalam bilik air terutama bagi mereka yang menggunakan bilik air di luar rumah.

“Keadaan bilik air yang tidak sempurna terutama di kampung-kampung boleh mengundang pelbagai perlakuan jenayah, terutama kes cabul dan rogol,” katanya.

Menurutnya, bilik air mesti dipasang lampu termasuk di luar bangunan rumah.

“Jangan bergelap. Ada orang sengaja mandi dalam gelap untuk mengelak diintai tetapi dalam keadaan gelap, ia sebenarnya mendorong jenayah lebih serius. Perkara paling utama pastikan keadaan dinding dan persekitaran selamat. Pintu mesti ditutup dan dikunci dengan sempurna,” katanya - sumber


Meninggalkan Isteri dan Anak-anak

Seorang suami yang meninggalkan anak dan isteri tanpa sebarang nafkah, tanpa khabar berita, main tinggal macam tu saja bertahun lamanya, maka sepakat ijmak ulamak, sembahyang si suami tidak akan diterima Allah walaupun si suami sudah menyesal dan bertaubat. Kena si isteri dan anak halalkan baru diterima sembahyang. Selagi tak halal selagi tu tak diterima. Ibu tak boleh halalkan perbuatan suami bagi pihak anak begitu juga sebaliknya. Kena masing-masing halalkan. Sebab itu berat tanggungjawab suami ni. 

Sumber: Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus (Original) 



Segmen: Saya ada blog

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Jom join segmen anjuran Ummi Iman ni.
Syarat-syaratnya mudah je..

Bagi yang nak join, sila klik banner di atas.

5 entry terawal iBu BeRBiCaRa ialah:


Mengapa ibu  buat blog?
Jawapannya ada dalam entry pertama, Berjaya Juga Akhirnya.
Jom kita imbas apa yang telah ibu coretkan dalam entry pertama tersebut.

"Ibu memang suka menulis. Jadi, ibu berhasrat untuk punya sebuah blog bagi tujuan mencatat luahan hati ibu berkaitan diri sendiri, keluarga, kerjaya, dan macam2 lagi."

Segmen ini akan berakhir pada hari Ahad/Isnin jam 12 tengah hari
bergantung pada penyertaan.

Ibu tag:

Selamat Bersegmen...


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA