Selasa, 8 Disember 2015

"When I Die"


Hari ini ramai yang berkongsi pesanan Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah yang dipetik daripada laman Instagram miliknya. Ibu kongsikan di sini sebagai renungan dan peringatan untuk diri sendiri juga buat rakan² pengunjung blog kecil ini. 



When I die
I will be offline on Facebook.
I will be offline on 2go
I will be offline on bbm
I will be offline on whatsApp.
I will be offline on viber
I will be offline on tango
I will be offline on Twitter.
I will be offline on eskimi
I will be offline on instagram.
I will be offline on wechat.
My number will be off, I will no longer comment on posts 
or even receive messages, or information from family and friends.
My friends and family and even my enemies will
cry but there will be no more me. 
But you know what will remain when I'm gone?
The Quran I read will be online.
My 5 daily prayers will be online.
My Zakat will be online.
My good deeds will be online.
My Fasts will be online.
All what I do in the cause of Allah will be online
with me inside the grave
Let all of us think about this!
Eventually we are all going to die. 
Because every soul shall taste death.
Why not prepare for that time that it will be only you?
Why not stop being afraid of people?
Why not stop being afraid of what people will say?
Why don't you take decisions that will benefit
you on the day of judgement?
Why don't you take decisions that will help you in the grave?
Why not please Allah and have eternal happiness, fun and enjoyment?
Remember!!!
Every soul shall taste death.
May Allah make it easy for us. Ameen Yaa Rabbi.

Please share to remind your brothers and sisters as I remind you now.

Cukup terkesan apabila membaca bait-bait ayat ini.
Sesungguhnya segala apa yang kita lakukan di dunia yang sementara ini adalah bekalan kita untuk ke dunia akhirat yang kekal abadi.
Terima kasih Tunku atas perkongsian ini.

 


Isnin, 7 Disember 2015

(Akhirnya) Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam kerinduan buat semua. Ibu muncul kembali di penghujung 2015 ini. Ternyata rumah kecil ini telah ibu tinggalkan begitu lama. Banyak cerita yang ingin dikongsi namun keterbatasan waktu menjadi penghalang. Terima kasih kepada pengunjung yang masih sudi singgah di sini. 

Rasa rindu setelah sekian lama tidak menulis di rumah kecil ini kian membuncah. Maka ibu kembali menulis sedikit, meregangkan jemari. Moga masih ada yang mau membaca dan menegur ibu di sini.

 
Terima kasih kepada yang masih mengikuti blog nih



Pisang Kaki atau Persimmon Fruit

Hari ini ibu nak berbicara tentang buah pisang kaki lagi. Melalui komen rakan-rakan dalam entri di SINI, ibu dapati tak ramai yang suka makan buah pisang kaki atau persimmon fruit ni malah ada juga yang tidak kenal pisang kaki dan baru pertama kali tengok buah ini. 

Macam mana buah yang iras-iras tomato dan terung bulat ini dipanggil pisang kaki? Pokoknya pun jauh berbeza berbanding pokok pisang biasa. Hasil carian di Wikipedia ibu dapati bahawa nama “pisang kaki” berasal dari perkataan ‘kaki’ dalam bahasa Jepun.

Buah pisang kaki yang belum masak terasa agak kelat. Oleh itu, seelok-eloknya pisang kaki ini dimakan ketika masak ranum. Pada pendapat ibu yang memang gemar akan pisang kaki ni, rasanya macam buah ciku cuma lebih rangup. 

Buah pisang kaki segar boleh terus dimakan bersama-sama kulitnya. Walau bagaimanapun tak ada salahnya jika dikupas kulitnya terlebih dahulu. Pisang kaki dipotong seperti kita memotong buah epal atau limau sunkist. Hati-hati ketika makan kerana bimbang tercekik bijinya yang seakan-akan biji buah ciku. 

Pisang kaki dipercayai baik untuk kesihatan dimana ianya kaya dengan zat seperti Vitamin C, Sukros, Fruktos, Glukos dan Iodin  yang sesuai dalam mengawal tekanan darah tinggi dan meningkatkan pengaliran darah serta melicinkan peredarannya dalam koronari. Buah ini yang dimakan segar dapat mengelakkan masaalah sembelit dan juga dapat meredakan masaalah sedu. Buah pisang kaki kering juga baik dimakan untuk kesihatan paru-paru dan jantung kerana mengandungi serbau warna putih iaitu bahan manitol, glukos dan vitamin C.




Jumaat, 17 Julai 2015

Salam Aidilfitri


Ramadhan 1436H telah melabuhkan tirainya.
Fajar Syawal kembali menjengah.
Terasa betapa pantasnya masa berlalu.
Kini, kita kembali kepada fitrah.
Moga dosa² kita diampunkan
dan nama kita tercatat indah di pintu Syurga.

Sepuluh jari disusun
Memohon ampun dan maaf
atas segala kekhilafan diri.

Andai kata membekas lara
Andai tingkah menoreh luka
Andai bicara menikam jiwa
Ampun dan maaf dipinta.

Taqabalallahuminna waminkum 

Moga dapat bertemu lagi denganmu ya Ramadhan 

Ikhlas daripada:
Ibu sekeluarga




Sabtu, 13 Jun 2015

Untuk Renungan Ayah-ayah

1. Setelah mempunyai anak, ramai yang mengaku telah menjadi AYAH. Sebenarnya, belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer. Kena belajar dulu bagaimana nak imbang bola itu.

2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak. Astagfirullah.. Maaf ye macam kasar je kerana ramai lelaki begitu, walau bagaimanapun bukan semua.

3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi. Tak caya tanyalah para isteri.

4. Sekiranya seorang AYAH tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu .. Muhasabah diriku.

5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah daripada AYAH. Banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah.

6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab.

7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama.

8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama.

9. Mengikut kajian, ramai ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.

10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Di manakah AYAH; sang pengajar utama?

11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer.

12. Banyak anak sudah berasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

13. Ayuh wahai ayah semua, ambillah semangat Al-Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang prihatin.

14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH.

15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggungjawabkan kelak.

16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperoleh daripada datuk dan ayah saudaranya sendiri.

17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelar umat terbaik.

18. Dalam Al-Quran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 daripadanya adalah antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam al-Quran!

19. Marilah semua wahai AYAH untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan di masjid.

20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak, tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

21. Ibarat burung yang punyai dua sayap, anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi di angkasa. Kedua-dua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.

22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak.

23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yang peduli. Tegas dan prihatin itu sikap utama.

24. Jom, wahai ayah-ayah! Pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH yang prihatin dengan urusan pengasuhan dan pembentukan generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar. Wallahua'lam.


Sumber: FB Surau Al-Huda 5R4




COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA