Assalamualaikum
dan salam mesra buat semua.
Ramai
yang mengambil kesempatan cuti kali ini untuk pulang bercuti. Tentu seronok
dapat berkumpul bersama ibu bapa dan adik-beradik. Tidak kurang juga yang
bercuti ke destinasi-destinasi tertentu di seluruh negara mahupun ke luar negara.
Bagi ibu
sekeluarga, kami tidak ke mana-mana pada cuti kali ini. Sekadar menghabiskan
masa bersama-sama di rumah. Kebetulan, rumah emak dan ayah tidak jauh dari
sini. Dapat juga berjumpa dengan adik-adik yang balik bercuti.
Seperti
biasa kami mengambil kesempatan sempena cuti ini untuk mengadakan majlis tahlil.
Alhamdulillah, majlis telah berlangsung di rumah emak dan ayah malam tadi
dengan kehadiran tujuh orang adik ibu bersama keluarga masing-masing. Terasa
ada kekurangan kerana dua orang adik tidak dapat hadir bersama.
Ketika
inilah rasa sayu dan rindu silih berganti. Rindu kepada arwah kerana tidak lagi
dapat bersua muka, sayu atas kehilangan yang tidak dijangka.
Ingin
sekali ibu coretkan segala kenangan bersama arwah di blog ini, namun ibu tidak punya kekuatan. Coretan
yang tidak seberapa inipun dah buatkan airmata ibu mengalir laju apatah lagi
untuk mengenangkan kembali setiap saat kami bersama sejak kecil.
Insyaallah, akan ibu cari kekuatan itu agar setiap kenangan dapat disimpan untuk tatapan anak cucu sebelum segala kenangan terpadam di ingatan mahupun tiba giliran dijemput mengadap-Nya.
Gambar beberapa tahun lepas. Ibu bersama emak, ayah dan sembilan orang adik namun seorang adik telahpun dipanggil mengadap-Nya lebih setahun yang lalu.
Insyaallah, akan ibu cari kekuatan itu agar setiap kenangan dapat disimpan untuk tatapan anak cucu sebelum segala kenangan terpadam di ingatan mahupun tiba giliran dijemput mengadap-Nya.
Sekadar Bercuti di Rumah Sendiri

