Ahad, 30 Jun 2013

Minat Baru

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini dapat juga ibu menjenguk ke sini buat seketika. Sepanjang minggu lepas ibu tidak berkesempatan berbicara di sini lantaran sibuk dengan beberapa aktiviti sekolah.

Rabu, 26 Jun yang lepas, sepuluh orang ahli Pandu Puteri Tunas sekolah ibu terlibat dengan Program Turun Padang Persatuan Pandu Puteri Jerantut bersama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar. Setiap sekolah dibahagikan mengikut aktiviti masing-masing iaitu jahitan, gubahan, kraf tangan, masakan dan pameran. Sekolah ibu terlibat dengan gubahan (tuala) dan jahitan (brooch).

Walaupun bukan guru Persatuan Pandu Puteri, namun ibu diminta untuk membantu rakan-rakan membimbing para peserta membuat brooch untuk dibawa ke program tersebut. Dalam masa dua tiga hari, sempat juga ibu berkreativiti mereka brooch daripada riben. 

Antara brooch yang telah ibu hasilkan. Macam mana, ok tak?

Ramai pulak yang berminat dengan brooch yang ibu buat ni. Ada yang dah menempah untuk hari raya nanti.

Ps: Artikel tentang Program Turun Padang Persatuan Pandu Puteri Jerantut bersama Tengku Puan Pahang boleh dibaca di sini.


Ahad, 23 Jun 2013

Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Rabu, 19 Jun 2013

Wordless Wednesday 20

Tasik Puteri yang mendamaikan





Wordless Wednesday 19

Klik pada gambar untuk besarkan


Jerebu

Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca-punca Jerebu
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:

  NILAI IPU 
STATUS
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak Sihat
201 - 300
Sangat Tidak Sihat
301 - 500
Berbahaya


Ikuti perkembangan semasa melalui media massa untuk mengetahui tahap jerebu semasa supaya dapat mengambil langkah-langkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Kesan Jerebu kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Sukar bernafas atau sesak nafas
  • Mata terasa pedih dan berair
  • Hidung berair dan kerap bersin
  • Kulit badan terasa gatal-gatal
  • Terasa sakit dada
*Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. 
Ikuti nasihat berikut:
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang berasa dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Sumber: SINI


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA