Ahad, 30 Jun 2013

Minat Baru

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini dapat juga ibu menjenguk ke sini buat seketika. Sepanjang minggu lepas ibu tidak berkesempatan berbicara di sini lantaran sibuk dengan beberapa aktiviti sekolah.

Rabu, 26 Jun yang lepas, sepuluh orang ahli Pandu Puteri Tunas sekolah ibu terlibat dengan Program Turun Padang Persatuan Pandu Puteri Jerantut bersama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar. Setiap sekolah dibahagikan mengikut aktiviti masing-masing iaitu jahitan, gubahan, kraf tangan, masakan dan pameran. Sekolah ibu terlibat dengan gubahan (tuala) dan jahitan (brooch).

Walaupun bukan guru Persatuan Pandu Puteri, namun ibu diminta untuk membantu rakan-rakan membimbing para peserta membuat brooch untuk dibawa ke program tersebut. Dalam masa dua tiga hari, sempat juga ibu berkreativiti mereka brooch daripada riben. 

Antara brooch yang telah ibu hasilkan. Macam mana, ok tak?

Ramai pulak yang berminat dengan brooch yang ibu buat ni. Ada yang dah menempah untuk hari raya nanti.

Ps: Artikel tentang Program Turun Padang Persatuan Pandu Puteri Jerantut bersama Tengku Puan Pahang boleh dibaca di sini.


16 ulasan:

  1. memang terbaik brooch ibu..

    BalasPadam
  2. cantik-cantik brooch yang ibu buat :)

    BalasPadam
  3. cantikk sangat. dan comell. hehe

    BalasPadam
  4. wahh.. lawanya brooch tu.. :DD

    BalasPadam
  5. cantiknya Ibu..saya ada juga buat brooch drpd felt ngan ribbon utk pakai sendiri..

    BalasPadam
  6. Akak mmng kreatif..cute brooch tu semua...

    BalasPadam
  7. Cantiknya brooch yg ibu buat tu.. Mcmana nak beli?

    BalasPadam
  8. cantik..kreatif lah ibu ni..:)

    BalasPadam
  9. cantiknya...boleh tak kak mie buat tutorial...sweet sgt2...

    BalasPadam
  10. cantik2 broochnyer..kreatif, bolih buat duit ..

    BalasPadam
  11. cantik,seni juga tangan ibu

    BalasPadam
  12. Salam Mie..cantiknya,cute n sweet sangat,kreatif dan berbakat Mie ni.

    BalasPadam
  13. comelnya ibu...kreatif sungguh ibu ni..mesti banyak dapat tempahan nanti ni..

    BalasPadam
  14. ha comel² la brooch tu..cute!!>,<

    BalasPadam
  15. wahhh.! Maju dah ibu yee, hheeehe
    cantik ibuu..
    eiqa suka tengok benda2x gini tapi untuk eiqa apakai tu eiqa kurang sikit, ehhee

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA