Isnin, 10 Jun 2013

Diari Cuti Ini

Berakhir sudah cuti persekolahan selama dua minggu. Cuti kali ini merupakan cuti yang paling sibuk buat ibu sekeluarga.

Sebelum cuti lagi ibu telah sibuk menyiapkan hantaran perkahwinan adik bongsu ibu. Majlis perkahwinan telah berlangsung pada 25 Mei. Dua hari selepas itu, iaitu pada 27 Mei kami ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan pula. Akhirnya, Ude membuat pilihan untuk menyambung pelajaran di sana. 

Pada 1 Jun pula kami bertolak ke Segamat bagi menghadiri majlis menyambut menantu adik ibu. Dalam perjalanan ke Segamat, kami singgah sekali lagi di KMNS di Kuala Pilah untuk mengambil Ude. Para pelajar yang baru mendaftar diberi kebenaran untuk pulang bagi menyelesaikan beberapa urusan berkaitan borang perjanjian dan beberapa urusan lain. Ude tidak lepaskan peluang ini untuk bersama-sama kami ke Segamat.

Setelah majlis selesai keesokannya, kami terus pulang ke Jerantut. Hampir pukul 11 malam barulah kami tiba di rumah. Belum pun hilang penat, keesokannya kami sekali lagi ke Kuala Pilah untuk menghantar Ude. 

Hari Rabu ibu ke sekolah kerana ada kelas tambahan. Agak mengecewakan kerana beberapa orang murid kelas ibu tidak hadir. Yang hadirpun tidak semuanya bersemangat untuk belajar. Ada yang datang dengan tangan kosong; tidak menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan sebelum ini.

Hari Jumaat kami membawa Angah ke Kuantan Medical Centre untuk mendapatkan rawatan. Beberapa hari sebelum itu, ibu dan ayah juga membawa Angah mendapatkan rawatan perubatan secara Islam. Ibu pernah ceritakan tentang penyakit Angah di sini

Hari Sabtu, kami bertolak ke Bukit Besi, Dungun. Jika sebelum ini Angah belajar di Uitm Dungun, kini Angah telah berpindah ke kampus baru di Bukit Besi. Kesian juga ibu tengokkan. Berpindah ke tempat baru bukanlah masalah besar, tetapi menjadi masalah apabila beberapa kemudahan masih tidak disediakan sehingga hari pendaftran. Insyaallah akan ibu ceritakan dalam entri akan datang.

Antara bangunan asrama yang terdapat di kampus baru ini.

Kami bermalam di sebuah homestay di sini. Dapat jugalah kami merasai suasana malam di pekan Bukit Besi yang agak sunyi ini. Tengah hari semalam kami bertolak pulang setelah segala urusan Angah di sini selesai. 

P/s: Ada sesuatu yang menarik di Bukit Besi. Nanti ibu ceritakan.




21 ulasan:

  1. wah.. cuti yg betul2 terisi dgn segala aktiviti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul-betul terisi, Maria hinggakan cuti dua minggu tu rasa tak cukup je..

      Padam
  2. Padat ngan aktiviti....
    Pasal kelas tambahan tu, sekolah saya pun sama kak...separuh jer yg hadir...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah MP. Cikgu yang terlebih semangat nak mengajar, budak-budak dan mak ayah ada yang tak kisah pun..

      Padam
  3. Balasan
    1. Kali ini memang rasa busy sangat, Nor..

      Padam
  4. Sebenarnya cuti 2 mggu tu pun tak cukup sbb skrg masa cpt berlalu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan cuti kali ini banyak pulak urusan keluarga. Jadi, rasa sekejap je masa berlalu..

      Padam
  5. Tanpa Nama10 Jun, 2013

    busy nye sis bila ank2 dh masuk kolej kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makin anak-anak dewasa, makin kita sibuk JS tapi hati tetap gembira sebab dapat laksanakan tanggungjawab..

      Padam
  6. Assalamualaikum ibu. busynya ibu.. semoga menjaga kesihatan juga ye :)

    BalasPadam
  7. salam ibu...tulah nama je cuti sekolah tapi mmg busy lebih daripada hari biasa hehe...alhamdulillah,,,asalkan semua aktiviti berfaedah, insha allah ada ganjaran pahalanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Ju.. Inilah cabaran dalam kerjaya kita sbg guru..

      Padam
  8. oic, ude ke matrik negeri 9 ye kak mie...xkisahlah ke mana yg pnting mrk yg memilih utk masa dpn.....gud luck utk ude....moga terus cemerlang....Masa blk kg yah ada tgk juga signboard UiTM B.Besi tu....mesti byk kemudahan yg blm sempurnakan......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ude nampak frust bila tak dapat kursus yang dipohon. Jadi, dia pilih untuk ke matrik..

      Padam
  9. sibuk betul ye kak mie ke sana ke mari. nama pun cuti sekolah, anak2 murid pun jadi kurang semangat sbb ingat nak cuti aje. tahniah utk ude... moga terus cemerlang. izan pernah lalu bukit besi masa on the way nak ke kelantan. memang sunyi je tempatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah Izan. Makin anak besar, makin sibuk. Lebih-lebih lagi anak ramai dan rapat-rapat pulak jarak usia mereka.

      Padam
  10. Cuti sklh mmg ramai org kawin kan sana sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan cuti sekolah je Ana. Naik sekolah inipun masih ada jemputan kahwin sana-sini.

      Padam
  11. Alhamdulillah, sekarang dah lapang sikit Neon.. Hujung minggu ni dan hari-hari seterusnya bakal sibuk semula..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA