Selasa, 11 Jun 2013

Sulaman Manik Permintaan Teman

Sudah agak lama tidak berkongsi sulaman manik bekas tangan ibu di blog ini. Mana tidaknya, sudah begitu lama ibu tidak berkesempatan melayan minat yang satu ini dek kekangan masa dengan kerja dan menguruskan anak-anak.

Hari terakhir sebelum cuti sekolah baru-baru ini, seorang rakan sekerja menghampiri ibu dan meghulurkan sepasang bajunya kepada ibu. "Boleh tak akak tolong sulam manik?" kata rakan ibu tu. "Baju ni saya nak pakai konvo nanti", jelasnya lagi. 

Terdiam ibu seketika. Terus tergambar kesibukan yang telahpun menanti sepanjang cuti. Perkahwinan adik, urusan pendaftaran Ude dan rawatan Angah. Hendak saja ibu pulangkan semula baju yang dahpun berada di tangan ibu tu. Namun, apabila dia bersungguh-sungguh meminta pertolongan ibu, tidak sampai hati pula rasanya. Akhirnya ibu bersetuju setelah mencongak-congak masa yang masih terluang.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga ibu menyiapkan sulaman manik ini sebelum kami ke Bukit Besi. 

Sulaman pada lengan baju.

 Zoom sikit...

Sulaman di bahagian kaki baju.

 
 Lagi..

dan lagi..

Motif bunga yang menjalar dari bahagian tengah kaki baju ke bahagian tepi. 

Ps: Jika ingin melihat hasil tangan ibu sebelum ini bolehlah ke sini dan sini.


25 ulasan:

  1. cantiiiknyaa..mesti kena minat juga ni kan, kalau xminat mesti xmenjadi..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab minatlah saya terima tempahan tu Kak Nah. Kalau minat, sanggup mengadap berjam-jam.

      Padam
  2. Wah ibu,cantik dan kemas tau ... :D

    BalasPadam
  3. Wow! Nak tempah utk raya boleh?

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempahan dah ditutup. hehe..
      Gurau je ckLah.. Tak sangguplah ckLah. Banyak program sekolah yang sedang menanti. UPSR pun dah makin hampir..

      Padam
  4. cantik hasilnya..
    js baru je nk tempah ngan kwn nk jahit bling2..
    kalau bikin sendiri kot jadi haru...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah buat sendiri JS. kalau jahit sendiri tentu lebih puas tengok hasilnya. Mula-mula buat memang susah sikit, tapi lama-kelamaan mudah je..

      Padam
  5. assalam..kak salmi cantik sngat..fyzz baru tempeh gak sulaman manik..lebih kurang design gini la...akak amik berapa RM? if u don't mind..cantik la kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Fyzz.
      Ini kali kedua akak jahitkan untuk rakan. Serba salah dan tak tahu nak ambik berapa rm. Kali pertama dulu akak tak ambikpun. Kali ni akak tanya kawan dan adik-adik yang biasa menempah. Ada yang kata RM100 dan ada yang kata lebih lagi. Akhirnya akak ambik RM80..

      Padam
  6. Balasan
    1. Bolehlah sikit-sikit tu Nor..

      Padam
  7. Assalamualaikum ibu, cantiknya! warna fav sheila pulak hijau tu. adoiii.. sheila selalu gak tolong mak amik upah jahit sulam manik. tapi sepower ibu punya hasil. hihihi. nice ibu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sheilapun ambik upah ye.. Bolehlah kongsikan hasilnya di blog..

      Padam
  8. Cantiknya Ibu, blh la tempah kat ibu nnt :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih RH. Buat masa sekarang ibu tak ambik tempahan. Tak berkesempatan. Insyaallah akan dimaklumkan jika tempahan dibuka kelak.

      Padam
  9. sangat cantik kak mie. kalau dah memang tangan seni.. buat apa pun menjadi dan cantik hasilnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukanlah berseni sangatpun Izan tapi akak minat sangat buat benda macam ni.

      Padam
  10. wah..cantik!
    terer la jari jemari ibu membelai manik2 tu
    nak test jugak la
    tp x reti nak buat bunga up camtu

    BalasPadam
  11. Nak tempah jugak boleh tak. Cantik sgt

    BalasPadam
  12. wah cantiknya...yah pn dah lama melupakan jahitan manik ni akibatan kesibukan melanda....

    BalasPadam
  13. Cantiknya ibu..kita suka warna purple and sulaman ni pun tak crowded sangat..just nice..

    BalasPadam
  14. memang cun ar,xblh d,nafi kan lg hehee

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA