Lamanya tak bercerita pasal keluarga di sini. Sebenarnya, banyak peristiwa yang berlaku namun kekangan masa tak mengizinkan ibu berbicara panjang di sini. Entri ini pun dah lama terperam. Kononnya nak karang cantik-cantik sebelum diterbitkan, maklumlah entri istimewa buat Ude namun nampaknya semuanya tinggal angan-angan je.
Majlis Anugerah Cemerlang SPM dan STPM ini berlangsung pada 25 April yang lalu. Seperti biasa, ibu dan ayah akan hadir pada majlis sebegini sebagai tanda penghargaan atas kejayaan anak-anak. Walau bagaimanapun, tidak banyak gambar yang dapat dirakamkan kerana ibu terlupa bawa kamera. Gambar yang ada inipun adalah ehsan daripada telefon bimbit ibu.
Mereka berdua adalah rakan ibu sejak zaman persekolahan. Yang di sebelah kiri, Lee Kwai Fong adalah rakan sekelas ibu semasa di tingkatan satu hingga tingkatan lima, manakala yang di sebelah kanan, Teo Soh Ching merupakan rakan sekelas semasa di tingkatan lima dan enam. Kami juga pernah menuntut di maktab perguruan yang sama. Kebetulan pula Ude dan anak-anak mereka belajar di kelas yang sama, malah anak-anak sulung kami dulu juga sekelas.
Anak-anak berpeluang bergambar bersama guru-guru dan ibu bapa.
Ude bersama rakan-rakan.
Inilah gambar dalam entri Wordless Wednesday 17. Ibu dan Ude bersama rakan ibu dan anaknya yang juga rakan sekelas Ude.
bestnyaaa dah cemerlang~ :)
BalasPadamwah! ibu pun buat reunion dgn emak2 kwn ude ye? best tu mengimbau kisah2 lama..
BalasPadambestnye jumpa kawan2 lama kan sis..
BalasPadamtahniah atas kejayaan anak sis..
tahniah buat ude.ibu pun hepi dpt jumpa kawan2 lama tu
BalasPadamWaa,bestnya ... ibu dpt jumpe kwn ibu,dan anak-2 ibu pula turut mengenali dan satu kelas dngn anak-2 mereka.. awesome :D
BalasPadamtahniah utk ude...
BalasPadamSeronok dapat jumpa kawan2 lama ya....
tahniah buat ude..pic yg last tu comel sgt..:)
BalasPadamassalam,
BalasPadammemang banyak bende kebetulan yg kita tak sangkakan...
wah kebetulan betul tu...kawan masa sekolah, anak2 pon satu sekolah...apa2 pun tahniah kpd Ude...
BalasPadamWah Ibu, bagusnya. Sampai sekarang masih contact dengan kawan2 lama.. Saya pun camtu juga iBu.walaupun di FB saja tapi tetap keep in touch..bagusnya Ibu sebab berkawan dengan berlainan bangsa..sama macam saya..hehehe
BalasPadamhebatnya ibu nie...
BalasPadamcemerlang.... tahniah ya..
BalasPadamTAHNIAH ude, k.mie n suami...tumpang bangga dgn kejayaan ank2 rakan...wah boleh wat reunion tu kak mie..skrg ank2 pulak sekelas....
BalasPadam