Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, raya kali ni ibu dan adik-adik dapat berkumpul lagi. Suasana memang cukup meriah, maklumlah adik-beradik ibu ramai ditambah dengan anak buah seramai 21 orang.
Hari Khamis, adik-adik ibu masih bekerja. Bertolak pulangpun setelah habis waktu pejabat. Jadi, macam biasa juadah untuk hari raya pertama ditempah sahaja oleh adik-adik ibu. Masing-masing kepenatan dan tak nak berpenat lelah memasak untuk hidangan pagi raya. Perancangan ibu untuk masak lontong pada hari raya pertama terpaksa dibatalkan disebabkan makanan yang ditempah agak banyak.
Mi kari bukan kegemaran ibu. Jadi, ibu jamah sikit je..
Hah..pulut kuning ni kesukaan ibu. Makan dengan rendang daging.
Makan tak ingat dunia lepas tambah, tambah lagi.. Di sebelah tu sambal tumis ikan bilis.
Makan tak ingat dunia lepas tambah, tambah lagi.. Di sebelah tu sambal tumis ikan bilis.
Sate ni kesukaan anak-anak. Jadi, memang tempah banyak. Sekejap je licin.
Lemang - juadah wajib setiap kali raya. Makan dengan rendang daging dan rendang ayam. Ibu hanya makan sepotong sebab perut dah diisi dengan pulut kuning.
Selamat Hari raya korban kak ibu salmi.... maaf atas segala kekhilafan
BalasPadamSelamat Hari Raya juga buat mama sekeluarga. Akak juga mohon maaf andai ada coretan yg mengguris hati & perasaan..
Padambanyaknya menu....terliur tgk pulut kuning tu...
BalasPadamBanyak tu sebab ramai yang nak ngap.. selera pulak tak sama..
Padambanyaknya n sedap2 pulak tu..kalau dekat confirm dh smpai....
BalasPadamKalau dekat memang jemput awal2 lagi, Yah..
PadamWah banyaknya makanan, saya hanya masak nasi minyak je pd hari raya pertama!
BalasPadamSelamat hari raya aidil adha buat Nor Salmi sekeluarga :)
Selamat hari raya Aidiladha juga buat Teratai sekeluarga.. Terima kasih atas kunjungan
Padamsedapnya juadah... dah lama tak makan mi kari.. ^_^
BalasPadamDah tak termakan sebab banyak pilihan. Mi kari tu ibu jamah je..
PadamSeronok ya Salmi berkumpul adik beradik dan menikmati juadah hari raya bersama-sama.
BalasPadamMemang seronok, sweetie.
PadamAnak2 lagi seronok..
meriahnya makanan..suka pulut kuning tu
BalasPadamSalam aidiladha Mi..
BalasPadamMeriahnya dapat berkumpul ramai2 kan, makanan pulak semua nampak best2 tu Mi, kecur airliur tengok.
Alhamdulillah....meriah dan penuh nikmat.
BalasPadam:-)
salam aidiladha sis...
BalasPadambestnye dpt mkn ramai2 kan...menu sis pun best tu...
wow terliur tengok...terbeliak anak mata sy nie tgok semua makanan.sedapnya!
BalasPadamWah banyak betul menu menggoda... Semuanya sedap2 belaka.
BalasPadam