Ahad, 14 Oktober 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

  
 

Tikar mengkuang dari Deli,
Tikar pandan anyam berseni;
Segmen menarik, berlainan sekali,
Nak turut serta, kliklah di sini.



 

 Burung belatuk di pohon rumbia,
Tempua bersarang di pohon gelugur;
Inilah pantun jualan Mia,
Minta dijawab dengan jujur.

Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja 

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana


Putih berseri si bakawali,
   Harum baunya serata taman;
Pantun dijual mohon dibeli,
   Moga terjawab setiap pertanyaan.

Lebat sungguh buah berangan,
   Rimbun putik dengan bunganya;
Salmi panggilan para kenalan,
   Panggil Kak Mi pun tiada salahnya.

Mari bertandang ke rumah nyonya,
   Kain tersangkut kawat berduri;
Keluarga terbina bertahun lamanya,
   Lima cahayamata penambah seri.

Burung serindit terbang berlima,
   Hinggap sekawan di pohon rumbia;
Menjadi pendidik kerjaya utama,
   Pelajar tak rasmi sepanjang usia.

Mati denak dek racun sumpitan,
   Ayam seekor disambar helang;
Pahang Darul Makmur tanah kelahiran,
   Merantau ke Johor, kini dah pulang.



9 ulasan:

  1. singgah baca pantun ibu salmi... :)

    eh? tak pe ke panggil ibu salmi ni?? hihi

    BalasPadam
  2. Pergi berkelah di Tasik Chini,
    Singgah di sini jengok Salmi,
    Rupanya ada Segmen Berpantun di sini,
    Bolehlah kak join sekali!

    BalasPadam
  3. Good luck..
    Saya pantun2 ni...tergeliat lidah!!!!

    BalasPadam
  4. Terima kasih daun sadri
    Sudi membeli pantun ini
    Tersenarai sudah link entri
    Dalam entri segmen ini

    BalasPadam
  5. waa,ibu bpantun hehehe..syok jgk kan..

    jalan2 ke rumah kak tun
    hahaha ibu,ana x reti bpantun

    wahahahaa...apa punya pantun ntah lah
    kira boleh la ibu yer hehehhehe....

    BalasPadam
  6. gud luck sis..
    js berpantun ni x brapa nak pandai...hihi

    BalasPadam
  7. Mi.. pandainya berpantun, good luck ye.

    BalasPadam
  8. bebas burung menari-nari
    terbang tinggi seronok sekali
    dari segmen sama dtg kemari
    sudilah kunjungi yana kembali

    http://nazlyizan.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA