Sabtu, 23 April 2016

Selamat Hari Lahir, Along

Hari ini 24 tahun yang lalu merupakan hari keramat buat ibu. Pada tarikh tersebut ibu dianugerahkan seorang insan yang melayakkan ibu bergelar 'ibu'. Ramai yang menunggu kehadirannya kerana dia merupakan cucu sulung bagi kedua-dua buah keluarga, keluarga ibu dan ayah.



NUR HANNA LIYANA
Puteri sulung yang lemah lembut, pendiam dan pemalu, sesuai dengan nama yang ibu berikan. Along anak yang tidak banyak karenah. Along juga telah membanggakan ibu dan ayah serta menjadi contoh buat adik-adik dengan kejayaan² along dalam pelajaran.

Kini, along menjadi anak yang berdikari. Mampu menguruskan adik-adik jika ibu dan ayah sibuk. Sentiasa meluangkan masa menemani ibu ke sana-sini. Terima kasih, Along.

Ibu doakan Along dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, berjaya dalam apa juga yang along lakukan serta bahagia dunia akhirat.

 Syukur ya Allah kerana telah menghadiahkan kami sebutir permata yang amat bernilai.




2 ulasan:

  1. Selamat ulg thn along. Ingat lg wajah comel along masa kecik dulu.

    BalasPadam
  2. Mirip muka Sal habis. Si along ni sebaya anak lelaki saya si abang... dan tarikh lahirnya pun dekat-dekat.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA