Kita semua ni tak sempurna. Tujuannya untuk melengkapi satu
sama lain. Namun yang berlaku sebaliknya. Ada antara kita yang tidak berpuas
hati dengan kejayaan orang lain. Ada pula yang cemburu dengan kesenangan orang
lain. Maka, wujudlah perasaan dengki dan iri hati.
Orang yang ada kedua² sifat ni tak pernah rasa tenang dan
tenteram kerana sentiasa berasa serba kekurangan berbanding orang lain. Kejayaan
dan kegembiraan orang lain menjadi barah buat mereka. Di mata mereka, apa yang
orang lain buat selalu tak kena Hal ini demikian kerana mereka tidak pernah
bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Meh kita pujuk² hati agar bersyukur dengan anugerah Ilahi.
Insya Allah, kegembiraan orang lain akan menggembirakan kita, kebahagian orang
lain juga akan membahagiakan kita. Barulah hidup tenang dan tenteram.
erm.... kita mesti sucikan hati selalu.... lau dah hati kita suci, kita mudah think positif dan insyaaAllah aura positif dan org2 yang positif akan mendekati kita....
BalasPadam