السلام عليكم
Selamat Pagi.
Cuti persekolahan akhir tahun hampir tiba. Sudah tentu cuti persekolahan inilah yang dinantikan oleh ramai orang. Ada yang ingin melancong, ada juga yang merancang pulang ke kampung. Bagi si teruna dan dara, inilah masa yang sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan kerana ketika cuti inilah saudara mara boleh berkumpul ramai² untuk meraikan hari bersejarah kalian. Betul tak?
Pelamin dah tempah ke? Sudah tentu bakal² raja sehari mempunyai pelamin impian masing² kan? Sekarang ni trend perkahwinan yang ringkas dengan pelamin yang simple tetapi masih cantik dan menarik.
Untuk itu, Tukang Pallet menawarkan perkhidmatan pemasangan pelamin tunang, kahwin dan photo booth serta perkhidmatan sewaan dulang hantaran pallet yang dapat memenuhi impian bakal² raja sehari sekalian.
Selain itu, bagi menepati kehendak bakal² raja sehari yang inginkan pelamin bajet, kami juga menyediakan servis pelamin 'self pickup self deco' (SPSD) yang mana pelanggan boleh datang ambil dan hias sendiri pelamin idaman mengikut bajet dan kreativiti sendiri. Bertepatan dengan ciri2 pelamin D.I.Y, pakej yang kami tawarkan adalah sangat mudah dengan kos yang amat berpatutan.
Pelamin by Tukang Pallet
Bagi bakal² raja sehari yang ingin menyewa dulang hantaran, kami mempunyai 5 design dulang dengan beberapa pakej yang menarik untuk anda. Yang pasti, pakej SPSD juga turut disediakan.
Gubahan Hantaran by Tukang Pallet
kreatif sangat...
BalasPadam