Selasa, 7 Februari 2012

Berakhirnya Sebuah Penantian

Ibu pernah ceritakan tentang penantian warga sekolah ibu di sini dan sini. Hari ini, penantian itu berakhir sudah. Tetamu yang ditunggu2 tiba seawal jam 7.30 pagi lagi. Bukan seorang, bukan dua tapi tiga orang. Mereka ialah anggota Jemaah Nazir Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Mereka tiba seawal jam 7.30 pagi untuk memantau sekolah ibu bagi penarafan New Deal 2012. Pemantauan secara menyeluruh telah dijalankan bermula sebaik sahaja mereka tiba. Pelbagai aspek telah diperiksa, diselia dan dinilai terutama fail-fail dan dokumen sekolah.

Dua orang rakan ibu menjadi intan terpilih bagi penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang bagi subjek sains dan seorang lagi bagi subjek Bahasa Melayu. Agak melegakan kerana ibu tidak terpilih kali ini. *Sebenarnya, ibu dah pun jadi intan pada tahun lepas.  

Namun demikian, sebagai ketua panitia Bahasa Melayu, ibu tetap dipanggil mengadap. Sempat jugalah bertentang mata dan berbalas bicara dengan salah seorang daripada encik nazir. Ibu diminta menjelaskan tentang rancangan pelajaran tahunan (RPT) Bahasa Melayu yang digunakan di SK Temin. Teguran dan cadangan juga diberikan untuk penambahbaikan RPT.

Sehingga ibu balik jam 2.00 petang tadi, mereka masih berada di bilik gerakan.
Inilah rakan2 warga SK Temin, Jerantut. 
Gambar sempena Hari Guru tahun lepas.


6 ulasan:

  1. mesti cuak kan bila nazir dtg.dulu2 time sy sekolah bkn cikgu je cuak,anak murid macam sy pun.hehe..

    BalasPadam
  2. Jgnkan cikgu kena naziran, kami keje pejabat ni kena juga.. masa tu la mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena.. hehehe..

    BalasPadam
  3. waa beh nya akak...teruja betui kan hehehe...

    BalasPadam
  4. penantian brakhir juga....rasa lega sgt2kan k.mie...thn ni yah pula jadi intan terpilih...hu.hu.hu......

    BalasPadam
  5. dah datang ya....aduhhhh kak, saya masih menanti lagi ni..katanya mnggu depan nak datang...harap2 tak jadi intan terpilih...hehehh

    BalasPadam
  6. salam..

    tahniahlah..Jemaah Nazir datang...apa nak dirisau sekolah yg cemerlang mcm tulah..:)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA