Jumaat, 24 Februari 2012

Kisah Semalam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kisah semalam jadi entry ibu untuk hari ni. Macam biasa, semalam bermula dgn tugas rutin di sekolah. Tamat waktu persekolahan jam 1.20 ibu balik tapi sekejap je. Jam 2 petang ibu ke sekolah semula sebab ada kelas tambahan hingga jam 4 petang. Habis kelas tambahan terus ke majlis perjumpaan dengan ibu bapa murid tahun 6. Majlis tamat jam 6 petang. Tak perlulah ibu luahkan apa yang ibu rasa.. Rakan2 tentu faham kan???

Tengah hari sebelum balik, ibu terima panggilan daripada syarikat courier. “Ada kiriman untuk puan daripada Zefa Nor Asmara.” Dengar je nama Zefa, hati ibu berbunga2. Ibu dah tau apa yang sedang menunggu ibu. (Bungkusan tak dihantar ke alamat sebab tiada orang di rumah)

Jadi, sebenarnya, ibu balik sekejap tengah hari semalam bukan saje2. Balik bersebab. Bungkusan kena ambik sebab petang dah tak sempat. Barang dalam bungkusan tu dah lama ibu idamkan. Mana boleh tunggu-tunggu lagi.. Asyik terlepas je kalau ada yang jual di APC. Kebetulan nak jadi rezeki, Zefa tawarkan pada ibu. Apa lagi.. pucuk dicita, ulam mendatang.

Malam, barulah ibu berkesempatan membuka bungkusan. Nak tau apa yang ada di dalamnya?


v


v


v


v


Taraaaaaaaaaa…




Ini dia teko kicap bunga kangkung yang dah lama ibu idamkan..  
Terima kasih Zefa. Kalau ada lagi yang nak diletgo 
roger2 akak ye.. Bukan tamak tau!! 
Kesian teko tu tak berteman.



7 ulasan:

  1. waa..patut ati bbunga riang yer akak..
    rupanya ada dpt teko dr zefa..cantekk
    sgt2 tuh akak..tmbh koleksi ehh?hehehe...

    BalasPadam
  2. kak mie, skrg ni kita trbeban dgn mcm2 tugasan..PENAT sangat10X.....rata2 bila yah singgah blog cikgu situasinya sama....Kerja melambak2 ....

    Wah cantiknya k.mie..nasib baik yah blm brminat lagi nk kumpul brg2 ni..yah ada koleksi ttp semuanya yah simpan kt galeri sejarah di PSS..ada yg dh pecah di kerjakan anak2 murid...hu.hu.hu...

    http://pssskparitkasan.blogspot.com/search/label/KOLEKSI%20GALERI%20SEJARAH

    BalasPadam
  3. kadang2 sy pelik kenapa ada yg minat sgt dengan PML nie.hehe..

    baru sy faham bila kenal akk dan kak zefa..cantik!

    BalasPadam
  4. Arena: Idaman kalbu tu. Memang cantik & cute..

    BalasPadam
  5. NzA: Akak dh tengok koleksi di galeri sejarah PSS sek Yah.
    Nampak sebiji pinggan yg bunganya menjadi koleksi sesetengah peminat pml.
    Kalau tak silap ros kelabu namanya..

    BalasPadam
  6. MP: Teko tu memang cantik.. Dah lama mengidam
    PK: Dulu tak kisah sgt pasal PML ni.. Bila dah terjebak, susah pulak nak berundur. Minat makin bertambah.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA