Selasa, 16 Oktober 2012

Hari Raya Aidiladha: 26 Oktober 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha atau Hari Raya Haji pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012, demikian telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad.
“Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1433 Hijrah ialah pada 17 Oktober, 2012. Oleh yang demikian, Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 26 Oktober, 2012″ katanya.

Dengan pengumuman awal ini, dapatlah kita membuat persiapan awal untuk menyambut Hari Raya Haji pada tahun ini. Seperti ibu bapa lain, sudah tentu ibu gembira kerana dapat berkumpul dengan anak-anak sekali lagi, Insyaallah. Kepada seluruh umat Islam, selamat menyambut Aidiladha dan selamat menunaikan ibadah korban.


9 ulasan:

  1. InsyaAllah. selamat hari raya Sis. :)

    BalasPadam
  2. Ya kak..fyzz pn xcited nk raya haji ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tentu excited Fyzz.. maklumlah nak sambut raya dgn sofa baru..

      Padam
  3. Balasan
    1. Insyaallah Sweetie.. Kali ni buat untuk anak2

      Padam
  4. Mmg sentiasa ternanti-nanti saat pengumuman tu kat Tv hi hi.. M follow here..

    BalasPadam
  5. Rancang raya haji nk balik sebab cuti 5 hr ttp angah dh nk SPM..trpaksa lupakan hasrat tu...huhuhu....

    BalasPadam
  6. alhamdulillah... moga kita dpt sambut raya haji pulak tak lama lagi.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA