Khamis, 4 Oktober 2012

Menghias Bilik Pengantin


Anak saudara ibu, Faizal dahpun diijabkabulkan pada minggu lepas di Serendah, Selangor. Ceritanya ada di sini. Pada hari Sabtu, 6 Oktober 2012, majlis menyambut menantu akan diadakan di Felda Sungai Tekam Utara. 

Adik ipar ibu (mama Faizal) amat mengharapkan bantuan ibu dan adik-adik untuk menghias bilik pengantin. Katanya, dia 'buta' bab-bab menghias rumah ni. Gubahan hantaran dulupun ibu yang buatkan. Ceritanya ada di sini dan sini. Lagipun, adik ipar ibu ni anak tunggal; tidak macam ibu yang kaya dengan adik-beradik. Jadi, semuanya perlu dilakukannya sendiri. Adalah juga kawan-kawan rapatnya yang membantu tapi masing-masing juga sibuk dengan kerja dan keluarga. 

Petang semalam, ibu bersama adik ibu, Fazilah telah ke sana dengan misi menghias bilik pengantin. Sebelum tu nak beritau la sikit. Ibu ni bukanlah pandai sangat buat semua tu. Sikit-sikit tu bolehlah.. Hiasan bilik itupun ringkas je. 

Kami bertolak ke sana dah hampir pukul 4.00 petang. Perancangannya nak siapkan sebelum Maghrib  tapi begitu-begini, lepas Maghrib juga baru beres. Jom kita intai-intai hasilnya yang serba ringkas tu..


Kamar pengantin yang bertemakan merah samar. Jangan ditanya mengapa warna itu yang dipilih untuk kamar di rumah pengantin lelaki. Ibu tolong hias je...

Semasa ke sini minggu lepas, ibu ternampak cermin ni tersandar pada dinding di dapur. Ibupun pandai-pandailah buat macam rumah sendiri dan gantungkan di kamar ini. Kebetulan dindingnya kosong je. Ok tak?

Sekian coretan ibu untuk hari ini. Doakan majlis pada hari Sabtu nanti berjalan lancar dan dipermudahkan.

p/s: Ibu perlu menyiapkan satu tugasan penting hari ni. Jadi, maafkan ibu kerana tak dapat jalan-jalan ke teratak maya kalian..


12 ulasan:

  1. Salmia..memang ada bakat ni, sentuhan magis hehe..





    Mi..memang menjadi sentuhan Mi tu, sweet je. Ummi doakan semoga majlis berjalan lancar.







    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Ummiross.. semuanya berjalan lancar.. sempat juga menhadirkan diri tadi..

      Padam
  2. Simple tapi cantik:)

    Semoga majlis Sabtu ni berjalan lancar n membawa kenangan manis...amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar berkat doa kita semua..

      Padam
  3. HASIL SENTUHAN tangan kak mie akn menghasilkn sesuatu yg amat cantik.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa-biasa je Yah.. Tapi akak memang minat sgt bab hias menghias ni..

      Padam
  4. wahhhh...saya cuma pernah hias rumah time pertunangan akak sedare je...

    baca ni jugak
    http://anisa-mylife.blogspot.com/2012/10/whatchuwant-is-back-with-big-surprises.html

    BalasPadam
  5. Cantik :-)
    Wilma doakan semoga majlis Sabtu nie akan berjalan dengan lancar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. majlis dahpun selesai. Semuanya berjalan lancar berkat doa kita semua..

      Padam
  6. Wah cantik hasil tangan kak ibu ni....

    BalasPadam
  7. pandai jugak akak design...simple tapi cantik..

    BalasPadam
  8. assalamualaikum wbt..bg cadangan utk wane biru pink plak?

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA