Selasa, 16 Oktober 2012

Segmen Miz Ruha | Lesen

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

Ibu tertarik dengan segmen anjuran Miz Ruha ni. Dah lama perasan tentang segmen ni tapi baru hari ni sempat buat entry. Kepada yang nak turut serta, klik sini.

  

Setiap tahun, keluarga ibu beraya di dua tempat; Jerantut dan Simpang Renggam. Beberapa tahun lepas, Aidilfitri dijangka jatuh pada hari Selasa manakala cuti sekolah dah bermula beberapa hari lebih awal. Anak-anak cukup seronok sebab dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka. Ayahpun apa kurangnya; maklumlah nak beraya di kampung halaman. 

Hari Sabtu, selepas solat Zohor kami memulakan perjalanan. Keluarga di Simpang Renggam memang menunggu kepulangan kami sebab dah dimaklumkan lebih awal. Ibu dapat bayangkan keseronokan anak-anak saudara ayah menunggu kepulangan kami.

Cuaca hari tu agak redup. Jadi, walaupun bertolak dah agak lewat, kehangatan cahaya matahari tidak terasa. Macam biasa, ibu jadi peneman ayah berbual-bual agar tidak mengantuk. Maklumlah, tengah berpuasa. Sempat jugalah berbual tentang beberapa topik hinggalah tiba ke topik lesen.

Tiba-tiba ayah senyap. Ayah bagi isyarat lalu kereta berhenti di tepi jalan. Anak-anak yang sejak tadi asyik berbual turut terdiam. Ibu jadi hairan. Perlahan-lahan ayah keluarkan dompetnya lalu mengeluarkan lesen. Rupa-rupanya, lesen ayah dah arwah. Ibu pandang ayah, ayah pandang ibu. Anak-anak mula bising menyoal.

Ayah ingin meneruskan perjalanan tapi ibu membantah. Ibu tak nak kalau apa-apa berlaku nanti, semua yang ada dalam kereta mati katak. Akhirnya, kami berpatah balik. Mujurlah kami belum terlalu jauh.

Malangnya, kami bukan sahaja terpaksa berpatah balik, malah terpaksa bermalam di rumah selama dua malam lagi kerana lesen hanya dapat dihidupkan pada hari Isnin. Anak-anak cukup frust. Begitu juga dengan anak-anak saudara ayah yang ternanti-nanti kepulangan kami.

Sekian kisah kami.. 

P/s: Peristiwa ini pasti akan tersimpan kemas dalam ingatan selagi ibu tak nyanyuk.





20 ulasan:

  1. ish2 lesen dah arwah...selalu dgr lesen dh mati..kejam sgt ek bunyinya?

    BalasPadam
  2. as salam,
    bahaya tu kalau ada road block..skrg kan saman dah naik

    BalasPadam
  3. nasib baik sedar... kena ingat bila lesen mati...
    sian anak2, frust...

    thanks join... ^_^

    BalasPadam
  4. huhu..nasib baik sedar..sy pernah kene saman sbb lesen mati dh 3bln..lps pada tu terus buat reminder kat phone..now lg senang nk igt sbb tarikh expired lesen sama ngan birthday

    BalasPadam
  5. yeke. bahaya bahaya.. nak jalan jauh pulak tu.

    BalasPadam
  6. saya pernah bawak keta masa lesen dah arwah..kes terlupa..nasib baik tak de apa2....

    BalasPadam
  7. ada dah lesen kebenaran dariNya....tu lesen undang2 selalu macam tu..pandai kan tamat tempoh. tak apa ..tu hanya undang2 di dunia, dengan Allah boleh ja tu asal hati2...

    BalasPadam
  8. kite ada lesen motor je...
    x penah merasa jalan jauh bawak motor..

    BalasPadam
  9. tbe-tbe check lesen dah arwah ke belom heheh.. nsb x lg

    dari segmen yg same jgk
    http://eyzafye.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html

    BalasPadam
  10. Tahniah dapat lesen memandu http://kate-na.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html

    BalasPadam
  11. jgn lupa bagi makan lesen tu ikut waktu moga tak arwah lagi di lain masa... ekekeke... kesian lesen tu mati katak nnti...
    hakahak...
    dtg dari segmen yg sama http://www.silenceblogz.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html

    BalasPadam
  12. erkkk..ni kira mati hidup kembali ka hapa?ekeke nice experience :)

    sy join jugak..tapi xpublish entry lagi :)

    BalasPadam
  13. Nasib baik tersedar awal...
    Sudahlah time nak raya, confirm banyak traffik di jalan raya kan ^_^
    Kesian kat anak-anak Ibu, kecewa habis coz terpaksa tunda nak balik kampung...
    Tapi, tak apa...
    Kita jadikan pengajaran buat kita semua ^_^
    Sentiasa ingat nak renew licence...
    Macam Wilma, siap tanda kat kalender lagi...
    Walaupun tak berani drive kereta...Hehehe...

    BalasPadam
  14. As Salam..kunjungan balas dari sembangcyber.com, wah2 arwah ya lesen tu. Ajaib boleh hidup balik lesen yang dah arwah tu. hehehe..memang frust kalau lesen dah expired. cam saya biasanya renew untuk 2-3 tahun terus.

    BalasPadam
  15. eh lupa plak nak bg tau. Blog ibu ni cantik, kemas dan simple...saya suka penampilan blog ibu ni.

    BalasPadam
  16. Pernah juga lesen termiss nak idupkn heheheh - Tq sudi singgah blog saya - Done follow u back :)
    http://zzqil.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html

    BalasPadam
  17. Dari segmen yg sama....jangan lupa baharui lesennya!

    http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruhalesen.html

    BalasPadam
  18. dah publish entry :p

    follow sini dari semgen sama :)
    http://www.mksyahir.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen-versi-typo-friday.html

    BalasPadam
  19. saya selalu note kat hp dan calendar takut2 terlupa nak renew lesen sebelum tarikhnya. huhuhuhu.

    saya dtg balas kunjungan. salam kenal

    www.suriaqistina.blogspot.com
    www.buluhvoice.blogspot.com

    BalasPadam
  20. pernah gak bawak kete balik kg mase lesen dah mati.. tapi sebab tak sedar memang rilek je r.. bile dapat tau lesen tu mati dah, terus cuak.. huu

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA