Khamis, 29 Mei 2014

Terung Manggul dan Senapang Kayu

Ini cerita zaman kanak-kanak ibu. Lama dah masa tu berlalu tapi masih indah untuk dikenang. Antara permainan popular budak-budak kampung macam ibu adalah main tembak-tembak menggunakan pistol kayu. Pelurunya terung manggul atau terung pipit.

Setiap orang ada pistol kayu. Permulaannya, Pakcu Rahim (ayah ibu la tu..) cukup sporting buatkan pistol kayu untuk ibu dan adik-adik. Bila dah jemu, mulalah kami buat pistol sendiri. Macam-macam rupa pistol yang ada. Tapi, yang penting bukan rupanya tapi sekuat mana dan sejauh mana peluru boleh sampai. Orang yang dapat hasilkan pistol yang paling kuat dan jauh tembakannya dikira hebat. Memang kreatif la masa tu..

Petang hari je, permainan pun bermula. Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan menggunakan teknik lat-talilat-laili-tam-plom dan ooo-som. Sebelum itu, kawasan peperangan dibahagikan terlebih dahulu dan dipersetujui oleh dua-dua kumpulan. Macam medan tempur lah kiranya.

Tempat persembunyian atau kubu terpulang kepada kreativiti masing-masing. Ada yang menyorok di dalam belukar, di balik pokok, di atas pokok atau di mana-mana sajelah. Yang kecil molek boleh menyorok di balik tiang rumah je. Biasanya kawasan belukar adalah kubu terbaik sebab banyak bekalan peluru. 

Bila dah ready, pertempuranpun bermula. Masing-masing berusaha menyelamatkan diri dari tembakan. Maklumlah, buat terung manggul tu keras, memang sakit jika terkena tembakan terutama tempat sentitif seperti muka. Sesiapa yang berjaya ditembak atau ditawan akan dirampas semua pelurunya. Permainan akan berlarutan sehingga semua ahli sesebuah pasukan ditembak atau ditawan. Kadang-kadang, hampir maghrib barulah permainan tamat. 
 
Beginilah rupa pistol kayu 
[kredit foto: google]

Usah terkejut bila baca catatan ni. Masa ibu budak-budak dulu, budak perempuan lasak-lasak mengalahkan lelaki. Apa saje yang budak lelaki main, itu jugalah permainan budak perempuan. Jadi, tak hairanlah kami yang perempuan ni boleh memanjat pokok dan berenang macam budak lelaki.

Betul-betul nostalgia bila diingatkan balik. Agaknya, sekarang ni ada lagi tak yang main macam ni? Maklumlah budak-budak sekarang sibuk dengan gadjet.





11 ulasan:

  1. masa kecik2 dlu adik2 saya rajin buat sendiri & main senapang ni..kretif budak dulu2 kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mar. Bukan budak lelaki je.. yang perempuan pun sama naik.

      Padam
  2. pernah tertengok dalam tv... he he he... tapi tak pernah pegang atau nampak live...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang mungkin dah tak ada orang main ni, Farah.
      Memang susah la nak tengok live..

      Padam
  3. hehe masa sy kecik2 dulu sempat lg la main permainan ni....

    BalasPadam
  4. ni permainan masa kecik2 nih.. bestt main nih.. mengimbau sangattt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menyeronokkan tapi anak-anak kita dah tak main permainan ni..

      Padam
  5. seronok nya zaman kecik2 dulu kan kak.. sy pun sempat main permainan ni dengan kawan2 lelaki masa kecil..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Permainan macam ni memang menyeronokkan. Fizikal jadi cergas sebab banyak bergerak bukan macam permainan budak-budak sekarang.

      Padam
  6. saya ada main pistol2 jugak dolu2...hehe.
    best jadi kanak2 zaman dulu ;)
    kreatif dan aktif.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA