Hari pertama cuti sekolah, 28 Mei 2014, Faiq bersama pasukan koir sekolah menyertai Pertandingan Koir Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang 2014 bertempat di Sekolah Menengah Tengku Afzan Kuantan. Mereka bertolak sehari sebelum pertandingan bersama tiga orang guru pengiring dan menginap di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART).
Kali pertama Faiq bersama kawan-kawan tanpa ibu di sisi.
Si baju hijau makan bersama kawan-kawan di kantin asrama.
Sebelah malamnya di dewan untuk sound check.
Awal-awal
lagi ibu bercadang untuk memberi sokongan memandangkan pertandingan
diadakan pada hari cuti. Kononnya berpakat dengan kawan-kawan untuk
pergi bersama-sama. Sayangnya ibu sekeluarga agak lewat pagi itu.
Ketika
ibu sekeluarga sampai, pasukan ketiga sedang membuat persembahan.
Sayangnya kerana tidak sempat menyaksikan persembahan sekolah sendiri
yang merupakan pasukan pertama membuat persembahan.
Kumpulan pertama membuat persembahan.
Walaupun tidak mendapat tempat pada pertandingan kali ini, namun jurulatih dan guru-guru yang menyaksikannya cukup berpuas hati dengan persembahan mereka. Ini adalah peluang untuk menimba pengalaman memandangkan kami belum pernah menyertai sebarang pertandingan koir sebelum ini. Pasukan koir ini pun hanya ditubuhkan lebih kurang sebulan yang lalu.
Persembahan terbaik pasukan Bentong yang dinobatkan sebagai johan.
Acara tamat lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Faiq berangan balik bersama kawan-kawan yang lain dengan bas tapi tak jadi sebab terpaksa ikut ibu yang ada agenda lain selepas tu. Kata orang sambil menyelam minum air.
segak dan bergaya sungguh si cilik.. :)
BalasPadamPeluang nk bergaya ni Niza.. bukan selalu dapat
Padamyg penting faiq turut serta menimba pengalaman..kalah menan adat bertanding,buat pasukan koir yg baru ditubuhkan, anak2 didik dh buat yg terbaik n membanggakan cikgu
BalasPadamBetul PK, ini pengalaman berharga buat mereka. Maklumlah baru kali pertama berkoir
Padam