Sabtu, 31 Mei 2014

Faiq di Pertandingan Koir Negeri Pahang 2014

Hari pertama cuti sekolah, 28 Mei 2014, Faiq bersama pasukan koir sekolah menyertai Pertandingan Koir Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang 2014 bertempat di Sekolah Menengah Tengku Afzan Kuantan. Mereka bertolak sehari sebelum pertandingan bersama tiga orang guru pengiring dan menginap di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART).

koir
Kali pertama Faiq bersama kawan-kawan tanpa ibu di sisi.

makan di asrama
Si baju hijau makan bersama kawan-kawan di kantin asrama.

di dewan
Sebelah malamnya di dewan untuk sound check. 

Awal-awal lagi ibu bercadang untuk memberi sokongan memandangkan pertandingan diadakan pada hari cuti. Kononnya berpakat dengan kawan-kawan untuk pergi bersama-sama. Sayangnya ibu sekeluarga agak lewat pagi itu.

Ketika ibu sekeluarga sampai, pasukan ketiga sedang membuat persembahan. Sayangnya kerana tidak sempat menyaksikan persembahan sekolah sendiri yang merupakan pasukan pertama membuat persembahan.
persembahan koir
 Kumpulan pertama membuat persembahan.

Walaupun tidak mendapat tempat pada pertandingan kali ini, namun jurulatih dan guru-guru yang menyaksikannya cukup berpuas hati dengan persembahan mereka. Ini adalah peluang untuk menimba pengalaman memandangkan kami belum pernah menyertai sebarang pertandingan koir sebelum ini. Pasukan koir ini pun hanya ditubuhkan lebih kurang sebulan yang lalu.
pasukan bentong
Persembahan terbaik pasukan Bentong yang dinobatkan sebagai johan. 
koir sk temin
 koir sk temin
 Bergambar kenangan bersama jurulatih dan guru pengiring selepas pertandingan.

Acara tamat lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Faiq berangan balik bersama kawan-kawan yang lain dengan bas  tapi tak jadi sebab terpaksa ikut ibu yang ada agenda lain selepas tu. Kata orang sambil menyelam minum air.



4 ulasan:

  1. segak dan bergaya sungguh si cilik.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peluang nk bergaya ni Niza.. bukan selalu dapat

      Padam
  2. yg penting faiq turut serta menimba pengalaman..kalah menan adat bertanding,buat pasukan koir yg baru ditubuhkan, anak2 didik dh buat yg terbaik n membanggakan cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul PK, ini pengalaman berharga buat mereka. Maklumlah baru kali pertama berkoir

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA