Jumaat, 15 Ogos 2014

Majlis Persaraan Guru Besar

Masih ingat entri Wordless Wednesday 37: Majlis Persaraan? Entri itu sekadar sekeping gambar pentas yang telah siap dihias dengan backdrop tertulis "Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti". Ada antara rakan blogger yang bertanyakan adakah ini majlis persaraan ibu. Ada juga yang mengagak hiasan pentas itu hasil sentuhan ibu.

Sebenarnya majlis pada 6 Ogos 2014 itu adalah majlis persaraan guru besar sekolah ibu, Tuan Haji Hamidon bin Abu Bakar. Maaflah, cerita dah basi baru nak buat entri. 

Tuan Haji Hamidon menjadi guru besar di sekolah ini sejak 16 tahun yang lalu dan bersara pada usia 56 tahun. Banyak kejayaan yang diraih oleh sekolah ini sepanjang berada di bawah pimpinan beliau.

 
Pentas kali ini bukanlah idea ibu dan rakan² setugas seperti kebiasaannya. Masa amat suntuk kerana majlis diadakan hanya 3 hari selepas cuti Aidilfitri. Jadi, hiasan pentas kali ini adalah sentuhan idea orang yang lebih mahir.

Beberapa hari sebelum majlis. Cap ibu jari semua guru dan staf sokongan dikumpulkan menjadi pohon kenangan. Tuan blog tak lepaskan peluang. Gambar terbaik (kononnya) setelah beberapa kali posing.

Ibu dan si bongsu tak ketinggalan bersalaman, menerima cenderamata dan mendengar pesanan terakhir daripada Tuan Guru Besar.

Menulis dan menandatangani rekod kehadiran buat kali terakhir.

Acara memotong kek bersama isteri dan peserta koir. 
Faiq menyorok kat mana la agaknya..

 Lambaian terakhir. Sesungguhnya, Sekolah Kebangsaan Temin telah kehilangan seorang pemimpin yang amat berwibawa.

Acara bebas selepas majlis. Senyum puas hati kerana majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Macam biasa, tuan blog berdiri di belakang sekali.
Kalaulah ini majlis persaraan ibu...





1 ulasan:

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA