Sejuk je tekak bila tenguk jus epal hijau ni. Jus ni ibu buat semalam. Ibu siap hidang dalam gelas berkaki bunga ros pink lagi. Gelas tu dah masuk kategori antik tau. Usianya dah lebih 33 tahun.
Kita lupakan pasal gelas antik berbunga ros tu. Cer tengok jus tu.. Nampak terpisah jadi dua bahagian. Sebabnya, ibu letak susu. Jus epal hijau rasanya masam-masam manis. Apabila bercampur dengan susu, ia mendadih dan susu akan timbul. Tapi tak menjadi masalah. Sebelum minum, kacaulah dulu supaya bercampur semula. Jom kongsi resepinya...
Resipi Jus Epal Susu
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 2 biji epal hijau
- 2 camca besar susu pekat manis
- Air secukupnya
- Sedikit garam
- Ais kiub
Cara-cara membuatnya:
- Kupas buah epal dan buangkan bijinya. Potong kecil-kecil.
- Kisar epal bersama susu pekat dan ais kiub.
- Tapis dan tuangkan ke dalam gelas.
- Tambahkan sedikit garam (jika suka). Sedia untuk diminum.
Kita semua maklum yang epal hijau ni banyak khasiatnya. Ibu sempat cari maklumat drp en google tentang khasiat epal hijau ni.
Khasiat Epal Hijau
Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Epal hijau mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh:
- Mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Membantu kesihatan membran paru-paru.
- Membantu mengekalkan berat badan.
- Mengurangkan tekanan penyakit asma.
- Mengurangkan risiko barah.
- Membantu kesihatan tulang dgn menambah bahan kimia (boron) pd mineral tulang.
- Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Kredit: homefamilysite.com
Salam ibu salmi,
BalasPadamGreen apple ni mmg bagus utk mengekalkan berat badan tau...tp pernah dgr dr Fadzillah kamsah pesan tak boleh mkn byk2 sb nnt mudah lupa... sb rsnye masam... terutama sekali utk student... tp sy suke sgt...patutlah sy ni pelupa org nye...hehehe
Wslm Marya,
BalasPadamQo ye ke.. akak tak tau pulak.. lepas ni kena kurangkan sikit minum jus epal ni.. kita gilirkan dgn jus2 lain pulak ye.. trm kasih atas info tu, Marya
nampaknay ila kena mula makan epal.. mas atinggal dgn mak buah2 mmg tak tinggal
BalasPadamtak berapa suka epal hijau sebab rasanya yang masam...
BalasPadamizan pun ada stok epal hijau ni kak... nanti boleh juga buat jus epal macam akak buat tu. mesti sedap rasanya kan..
BalasPadamana pun suka ngan epal susu ni akak,
BalasPadamase klu order minum kat luar..yg ni la selalu pun..ank2 pun suka..
nk puas minum lagik..buat jek sdiri kat umah..sonang jek..kan akak kn..
boleh try gak resepi nie.panas2 sedap nie klu minum..mmg byk khasiatnya epal hijau.sy pun suka green apple nie!
BalasPadamsy pun baru tau yg makan epal hijau dengan byk boleh sebabkan lupa..baru gak baca kt blog hari tu.
lepas makan ikan masak kicap, pekena jus epal....nikmat..
BalasPadamyah mmg dh amalkan minum jus epal setiap pagi sejak 2 thn lepas..risau cz kluarga yah pengidap penyakit jantung..kena brjaga2....
Rupa2nya ramai yang suka minum jus epal ye..
BalasPadam