Isnin, 2 Januari 2012

Kesibukan Melanda

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Lagi dua hari sesi persekolahan 2012 akan bermula. Seperti biasa, inilah hari-hari yang paling sibuk buat ibu bapa dan guru-guru apatah lagi ibu bapa yang sememangnya bergelar guru seperti ibu dan ayah.

Hari ni adalah hari yang paling sibuk buat ibu setelah berehat selama lebih sebulan.  Lepas subuh ibu terus menggunting kain untuk baju sekolah ude (ni salah sendiri sebab suka tangguh kerja). Belumpun sempat menjahit, ibu terpaksa ke sekolah untuk urusan pendaftaran murid-murid prasekolah. 

Ibu adalah AJK prasekolah. Jadi, terpaksalah membantu mana-mana yang patut. Usai urusan pendaftaran, ibu bergegas pula ke kelas. Sebagai guru kelas, ibu kena pastikan semua murid berkerusi dan bermeja pada hari pertama persekolahan. Inilah urusan yang paling memenatkan guru-guru kelas macam ibu setiap kali tibanya sesi baru persekolahan. 

Jam 11.45 ibu balik dan singgah di pasar. Jam 3 petang barulah ibu siap memasak. Pukul 4 petang, ibu dan ayah bergegas hantar angah balik ke Kolej Matrikulasi Gambang. Sampai di Jerantut semula pada pukul 8.30 malam. Kemudian kami ke rumah mak untuk ambik faiz dan Faiq yang ditinggalkan di sana. (Faiz dan Faiq lebih rela tinggal di rumah nenek daripada mengikut ibu dan ayah hantar angah).

Pukul 9.30 malam barulah kami sampai di rumah. Kepenatan yang dirasai hanya Allah je yang tahu.

Jom kita layan gambar murid-murid pra sekolah yang sempat ibu snap pagi tadi.

 

p/s: Sekolah ibu ada 2 kelas prasekolah. Ini gambar murid-murid kelas Permata Nilam.





5 ulasan:

  1. Bila baca tentang kerusi meja baru sy ingat, nak kena bawakan Yusuf kain buruk. Mesti meja berabuk lama tgl kan?

    BalasPadam
  2. Betul tu Zefa.. Kadang2 cikgu hanya sempat susun & ganti kerusi meja yang rosak je.. Tapi ada juga yang dah beres semuanya. Tinggal cuci kaki je..

    BalasPadam
  3. yelah k.mie, saat trakhir ni rasa xmenang tangan...yah pn sama, suka jahit baju anak dh last minute..mulalah kelam kabut...ude dh tingkatan brapa k.mie?????Tahniah utk Faiz dpt 5A n Faiq darjah brapa?????

    BalasPadam
  4. Yah.. Ude dah form 5.. Faiq darjah 3.. Sama dengan Farouk kan?

    BalasPadam
  5. ude sebaya dgn angah la ye...gud luck utk anak2 kita..

    yelh bila yah baca n3 k.mie yg lepas br tau yg faiq sebaya farouk.....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA