Selasa, 3 Januari 2012

Persiapan Terakhir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Esok bermulalah sesi persekolahan. Tentunya ibu bapa dah melengkapkan segala keperluan anak-anak untuk ke sekolah. Begitu juga dengan ibu dan ayah. Alhamdulillah semuanya dah beres. 

Hari ni, pagi-pagi lagi ibu dan ayah dah ke sekolah menengah untuk pendaftaran Faiz ke tingkatan satu. Urusan pendaftaran berjalan lancar sebab segala borang telah ayah muat turun dari internet dan dilengkapkan. Lagipun, kami antara orang yang paling awal sampai. Jadi, tak perlu nak beratur panjang menunggu giliran.

Kemudian, ibu terus ke sekolah kerana ada taklimat pengurusan kelas oleh GPK HEM. Taklimat ni penting untuk memastikan sesi persekolahan esok berjalan lancar serta semua murid mendapat hak masing-masing iaitu 1 meja, 1 kerusi dam 1 set buku teks.

Balik dari sekolah, ibu terus menyiapkan baju dan tudung sekolah Ude. Alhamdulillah.. siap juga akhirnya.. Dengan itu, bermakna selesailah tanggungjawab ibu dan ayah untuk menyediakan segala keperluan persekolahan tiga orang permata hati kami - Ude Farhana, Faiz dan Faiq.

Oh ye!! Malam semalam 2F dah bergunting rambut sebagai persiapan untuk ke sekolah esok..





Kedai gunting ni tak jauh dari rumah ibu dan 2F memang dah jadi pelanggan tetap di sini.


3 ulasan:

  1. legakan bila semua dh settle k.mie.....
    Faiz sk kt mana?????

    BalasPadam
  2. Yah: Faiz sekolah kat sini je.. Awal2 lagi dia dah beritahu tak nak tinggal kt asrama..
    Princess Solehah: Yang mana satu segak tu.. Yg bergunting ke tukang gunting.. hihi

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA