Isnin, 16 Januari 2012

Penantian Bakal Bernoktah; Syukur ke hadrat-Nya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ni ibu dan ayah cuti kerana urusan yang sangat penting. Selepas Subuh, ayah dan ibu pos anak-anak ke rumah adik-adik ibu. Jadi, masing-masing ke sekolah dengan Mak Anjang dan Mak Ude. Terpaksa sebab ayah mesti berada di Kuantan sebelum pukul 9 pagi.

Destinasi ibu dan ayah hari ni..

v



v



v



v



v

Mahkamah Tinggi Kuantan

Alhamdulillah, walaupun terpaksa melalui kesesakan jalan raya di bandar Kuantan, akhirnya kami tiba di pekarangan mahkamah tepat jam 9.50 pagi.. Ingatkan kami dah lewat. Rupa-rupanya...

Kami yang paling awal tiba.

Ibu dan ayah ke Mahkamah Tinggi Kuantan untuk menyelesaikan satu kes yang menghantui kami sekeluarga sejak lebih 10 tahun yang lalu iaitu sejak kami bermastautin di Mersing.

Walaupun dijadualkan bermula pukul 9.15 pagi, tetapi disebabkan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan, urusan hanya bermula pukul 10.15 pagi. Selesai sahaja urusan pada pukul 10.45 pagi, ibu dan ayah terus ke Temerloh untuk menunggu Along di terminal bas Temerloh. 

Sementara menunggu Along, ibu dan ayah sempat shopping.

Lama juga ibu dan ayah di sini sebab tak jumpa yang berkenan di hati ayah

 Kesian cik adik ni, kena selongkar nak cari saiz yang sesuai dengan ayah.

 Jemu mencari, ayah mengalah dan ajak ibu beredar tapi ibu paksa ayah cari sampai jumpa sebab dah lama baju dan seluar ayah tak berganti.


Jenuh jugalah menunggu ayah keluar masuk kamar comel ni. 
Akhirnya, jumpa juga dengan yang berkenan di hati.

Dah siap bayar, tunggu pulak cik adik ni potong dan jahit kaki seluar. Bukan ibu tak boleh jahit sendiri, tapi ayah yang berkeras suruh siapkan terus. (ibu tau, sebenarnya ayah bimbang kalau ibu yang jahitkan, bulan depan belum tentu ayah dapat pakai seluar tu.. hehe)

Along sampai pukul 3.30 petang. Kami terus pulang dan tiba di rumah pukul 4.40 petang. 

p/s: Insyaallah, tiba masa yang sesuai, ibu akan kongsikan cerita mengapa ibu dan ayah ke mahkamah.



9 ulasan:

  1. kes apa tu kak????
    Apapun semoga Allah permudahkan segala urusan..
    p/s..sempat lagi soping ya...hihihi

    BalasPadam
  2. Sabar menanti cerita dr kamar mahkamah tu k.mie..10 thn 1 jangka masa yg lama.....
    Semoga Allah prmudahkan segala urusan k.mie n suami...InsyaAllah....
    Baguslah p shopping..terapi minda juga tu....i like!!!!

    BalasPadam
  3. MP: Buat masa ni cukup akak katakan kes kawan makan kawan.. Shopping tu nak ubat hati je sebenarnya..
    Yah: Memang lama kami sekelurga menanggung kesakitannya Yah. Kesian anak2 turut jadi mangsa. Tapi, bila direnungkan kembali, Allah tu maha adil. Dalam kesakitan banyak nikmat yang diberi

    BalasPadam
  4. moga Allah permudahkan segala urusan kak mie sekeluarga ye.. nnti akak ceritakan apa kes yg berlaku kat mahkamah tu ye...

    shooping ni mmg terapi kala kita dalam keresahan kan... nasib baik jumpa juga yg berkenan di hati. sama mcm suami izan baru ni pandai pula beli seluar kerja sorang2, siap jahit terus...

    BalasPadam
  5. Izan: , Insyaallah kalau dah selesai sepenuhnya, akak akan kongsikan untuk peringatan buat kawan2. Masih ada beberapa step yang perlu dilalui.
    Suami kita ni manja sangat kot.. hehe

    BalasPadam
  6. saya kecewa sbb tak dapat tahu apa yg sebenarnya menghantui hidup akk sekeluarga selama 10 tahun.bila tiba masa yg sesuai nti cerita tau...apa pun semoga dipermudahkan semuanya..:)

    sakan gak tu soping.hehe..

    BalasPadam
  7. Puan Kutu: Insyaallah tiba masa yang sesuai akak akan ceritakan.. Masih ada beberapa step utk selesaikan kes tu. Terima kasih atas doa dan sokongan rakan2.

    BalasPadam
  8. Setia menanti cerita akak. semoga dipermudahkan urusan..

    ps: akak kan yg sms sy? ampun kak, kredit tamat airtime tak terbeli2 lg. Nak pm akak kat fb tak ingat akak guna nama apa.. kalau akak free pm sy ya, nanti sy pm balik..

    BalasPadam
  9. datang singgah follow sini . ngeh2
    jom try usha belog sana

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA