Sabtu, 28 Januari 2012

48 jam sehari???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam ibu dapat panggilan drp Pn. GPK 1. Adalah maklumat2 panitia yang perlu dikumpulkan untuk persediaan bagi pemantauan nazir 2 minggu lagi. Jadi, walaupun masih dalam mood cuti, terpaksa jugalah melangkah ke sekolah. Sampai di sekolah, ibu dimaklumkan yang kedatangan nazir dipercepatkan. Nak pitam rasanya sebab masih banyak kerja ibu yang belum beres.

Fail panitia, fail kelab dan persatuan, buku2 latihan murid semuanya menuntut masa untuk disiapkan. Maklumat2 di papan kenyataan kelaspun belum lengkap. Dalam kesibukan macam ni, 24 jam sehari tu rasa macam tak cukup je. Tapi, kalau diberi 48 jam sehari pun, rasanya jauh dari mencukupi sebab hanya tinggal 2 hari lagi tetamu dah nak menjengah. Sejak semalam asyik mengadap fail sampaikan malam tadi mimpi nazir dok belek2 fail panitia huhu.. Kalau belek2 saje takpe juga, ni siap tanya itu ini.. 

Nampak gayanya, makan tidur dgn fail je lah sehari dua ni. Hajat nak cat kelas dan jahit alas meja murid terpaksa ditangguhkan. Silap2 hari bulan terus batal..
 


9 ulasan:

  1. hehe sabo jer la..nak buat macam mana,dah namanya kerja..:)

    BalasPadam
  2. samalah kita ....buka jer skolah nnti nazir akan berkampung di skolah...tak tahulah mcm mana nanti...harap2 semuanya ok...

    BalasPadam
  3. PK: Ye lah, nak buat cmana kan. dah namapun kerja. Bayangkan nak menyampai ke usia 60.. huhu
    MP: Walaupun nazir selalu dtg ke sekolah, tapi tetap takut.. Yang tak tahan tu bila buka fail satu persatu & tanya macam2

    BalasPadam
  4. akak... siap mimpikan nazir tu. sah2 lah kena makan tidur ngan fail ye kak....

    BalasPadam
  5. aduhai..tension2..ttp yg percaya fail k.mie yg terbaik..yah tahu mcm mana cara k.mie bekerja......

    BalasPadam
  6. Arena: terima kasih
    Izan: hari ni dok mengadap kerja2 ni je..
    yah: perangai akak ni x berubah2 sejak dulu.. kalau buat kerja mesti nak buat sesempurna yg mungkin.. tu yang terseksa jiwa raga..

    BalasPadam
  7. wah....
    ibu cikgu jugak ker?
    kat sekolah mner? :)

    BalasPadam
  8. salam kak,

    gitulah seorang guru kak... kekadang sy pun stress gak, huhuhu... kkdg p&p yg lbh utama tu terpaksa diabaikan...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA