Khamis, 12 Januari 2012

Tahniah Anak2ku..

Teruskan perjuangan kalian

Semalam ibu terima khabar bahawa dua orang lagi bekas anak murid (tahun 6 / 2011) berjaya menempatkan diri ke MRSM. Sebelum ni 12 orang (kalau tak silap ibu) berjaya ke SBP dan Maahad Tahfiz. Baki 18 orang pula bersekolah di SRK manakala seorang lagi di sekolah menengah harian biasa.

Inilah 33 orang anak murid ibu bersama guru-guru yang mengajar

Kepada yang berjaya tu, tahniah cikgu ucapkan. Bagi yang tidak berjaya pula, jangan putus asa. Teruskan usaha kalian kerana perjalanan masih panjang. MRSM, SBP atau SRK bukanlah penentu kejayaan kita.

Beberapa hari sebelum sesi persekolahan 2012 bermula, ibu terima mesej daripada seorang anak murid.

"Cikgu, saya dapat sambung belajar di SBP. Terima kasih atas segala jasa cikgu mengajar dan mendidik saya. Saya juga minta maaf sebab pernah buat cikgu marah. Saya tak akan lupakan jasa cikgu."

Begitu skema ayat anak murid ibu ni kan? Walaupun "bermesej" tapi tatabahasa dan ejaan tetap terpelihara.. Almaklumlah bermesej dengan cikgu Bahasa Melayu (Garang pulak tu..hehe..)

Sebenarnya ibu cukup terharu baca mesej tu. Ada juga yang ingin berkongsi kegembiraan dengan ibu, walaupun hanya seorang.  

p/s: Anak murid dalam kisah kat atas ni pernah kena marah sebab tak siap kerja rumah.


2 ulasan:

  1. Bahagianya rasa.. anak2 didik mengenang jasa, anak2 didik ramai yg berjaya.. :D

    BalasPadam
  2. Tahniah utk semua..yg xbrjaya tidak brmakna mrk kecundang..prjalanan masih jauh......
    Biasalah cikgu BM, kalau nk sms kena la ayat skema....ttp kalau cikgu maths mcm yah ni hentam kromo jerr....hi....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA