Petang ni ibu nak hidangkan menu kami sekeluarga beberapa hari lepas. Maaflah ye.. Sekadar untuk menjamu mata.. Resepinya simple aje.. Ibu masak apa yang ada dalam peti sejuk. Resepi 2 dalam 1 sebenarnya sebab lauk dan sayur ibu gaul sekali.
Inilah rupa Ayam Goreng Bersayur air tangan ibu.
Ayamnya agak garing atas permintaan anak-anak.
Ayam Goreng Bersayur
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- Isi ayam (potong kecil2)
- Lobak merah (potong panjang2/bulat2)
- Kobis bunga (hiris)
- Jagung muda (hiris)
- Kacang panjang (hiris)
- Bawang besar (2 bahagian - tumbuk & potong bulat)
- Bawang putih (tumbuk)
- Cili padi (ketuk)
- Sos tiram
- Kunyit serbuk
- Garam
- Minyak
Cara-cara memasak:
- Gaul isi ayam dengan garam & kunyit. Goreng dan ketepikan.
- Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk.
- Masukkan sayur-sayuran.
- Tambahkan sos tiram dan garam.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
- Masukkan cili api yang telah diketuk.
- Gaulkan sekejap dan siap untuk dihidangkan.
Cukup ringkaskan?? Kalau nak lagi ringkas, boleh buat 3 dalam 1. Campurkan sekali nasi ke dalam masakan tu. Jadilah Nasi Ayam Goreng Bersayur atau Nasi Goreng Berayam dan Bersayur atau apa-apa je lah.. Yang penting kenyang. Kalau tanya Faiq, dah tentu jawapannya “sedap”.
Inilah masakan ringkas ibu kalau nak mengejar masa. Biasanya ibu sampai di rumah lebih kurang pukul 1.45 petang. Kena masak cepat sebab pukul 2.30 Faiq dah nak ke sekolah agama.
P/s: Faiq memang kuat makan. Celik mata je tanya pasal sarapan. Balik sekolahpun soalan pertama, "Nak makan apa?". Balik dari sekolah agama, makan lagi.
P/s: Faiq memang kuat makan. Celik mata je tanya pasal sarapan. Balik sekolahpun soalan pertama, "Nak makan apa?". Balik dari sekolah agama, makan lagi.
salam kenal dan dofollow sini..
BalasPadamsama jer, anak akka pun balik taska mesti kata.. aiman lapar la...macam sehari dah x makan, padahal kat taska macam2 makanan disediakan tapi makanan rumah gak yg paling sedap kot...
Terima kasih berkunjung & jadi follower.. Akakpun dh balas kunjungan tau..
PadamBudak2 mmg macam tu kot. Tak kenyang selagi tak makan di rumah..
baguslah anak kak mie suka makan. tak macam anak2 izan ni... adakalanya terlalu cerewet dan memilih. kalau tak kena tekak, tak bersentuh. kalau yg disukai pulak sampailah tak cukup2...
BalasPadamFaiq memang makan apa je. Kata orang tolak batu dengan kayu je tapi si abangnya memang memilih..
PadamSalam.
BalasPadamAkak, nampak sedaplah. Teringin nak rasa. Kalau Afiq la, dia kutip ayam je..sayur dia tinggal.:))
UA, Ammar macam abang Faiz la tu; tak makan sayur..
PadamAnak2 saya pun suka goreng ngan sayaur macam ni...kalau buat mcm ni, gerenti dia orang akan makan sayur....
BalasPadamBetul tu MP. Ini antara alternatif nak bagi anak-anak makan sayur.. Rasa sayur tu tak sama berbanding kalau masak sayur saje.
Padambw sini lagi.. teringat ayam goreng sayur.. kalau mama..tambah kentang goreng..kakak iman mmg suka ratah..
BalasPadamOh ye ke.. Akak belum pernah tambah kentang goreng. Nanti boleh cuba lah..
Padamsedap jugak ni kalau dpt mkn dgn nasi panas2...hehe
BalasPadamMemang sedap makan dengan nasi panas, MP
Padamsaya selalu gak buat nie.lgpun ayam klu bahagian isi klu goreng macam tu mmg tak laku.jadi potong kecil2 dan campur dengan sayur mmg sedap..nyum2..
BalasPadamOoo, kalau di rumah akak ni bahagian isi yang paling laku. Anak2 tak suka bahagian lain. Bhg yang ada tulang tu buat sup je. Itupun diorang makan kuahnya saje..
PadamSedapnya kak mie..Terima kasih berkongsi idea...2 in 1..dh xpyh fikir ttg nk masak sayur lain....
BalasPadamBagusnya Faiq berselera makan..Farouk ni ikut mood..kalau dtg hari mkn mmg makan xhingat ttp terkadang 1 hr makan roti je.....
Faiq memang kuat makan, hari-hari selera dia berlebih-lebih cuma badan je tak naik.. Berbeza dengan Faiz yang cukup memilih soal makan ni..
Padam