Jumaat, 29 Mac 2013

Dua Hari di Kuala Terengganu


Cuti sekolah masih berbaki beberapa hari. Tentu masih ada yang sedang dalam rangka percutian. Ibu sekeluarga pula tidak ke mana-mana, hanya sempat ke Terengganu selama dua hari untuk menjenguk Angah dan Along di sana.

Kami bertolak ke Terengganu pada petang Jumaat minggu lepas dan singgah di Dungun untuk berjumpa Angah sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Angah tidak ikut sekali kerana sibuk dengan persiapan untuk peperiksaan pada minggu depan. 

Tiba di Kuala Terengganu kami terus mengambil Along di rumah sewanya. Memandangkan sudah kerap sangat kami ke Kuala Terengganu dan hampir ke semua tempat kami dah terjah, kami hanya menghabiskan masa di rumah penginapan. Lagipun tak sanggup rasanya berjalan-jalan dalam cuaca panas terik.

JBK Lodging - tempat penginapan kami sekeluarga setiap kali ke Kuala Terengganu. Kami pernah menginap di beberapa buah homestay sebelum ini, tapi nampaknya anak-anak lebih selesa menginap di sini. (Kredit foto: JBK Lodging)

Kami merancang untuk menginap semalam sahaja di sini, namun hari kedua ayah sakit perut agak teruk memaksa kami tinggal sehari lagi di sini. Alhamdulillah, selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik ayah semakin pulih.

Bergambar sebelum bertolak pulang.

Atas permintaan anak-anak yang suka mengumpul jersey bola, kami ke pasar MDKT untuk tujuan tersebut. Bukan main gembira lagi bila setiap orang dapat dua helai jersey pasukan kegemaran.



14 ulasan:

  1. Assalamualaikum ibu. bestnya jalan2. kampung mak sheila tu. hehhee

    BalasPadam
  2. terengganu tempat favourite saya ni :)

    BalasPadam
  3. pernah g tahun lpas.. tpi x kna gaya perginya sbb time hujan...tapi sekurang2..,jadilah sekali seumur hiudp jejak kt terengganu...

    BalasPadam
  4. saya tak ekmana2 pun cuti sekolah ni..suami tak cuti..:)bestnya pi terengganu..teringin jugak nak kesan..

    BalasPadam
  5. Pernah pergi Terengganu sekali jek, join rombongan sekolah. Seronok! Kat tempat Arol pun cuaca panas terik setiap hari. Malas nak keluar rumah. :)

    BalasPadam
  6. Waa bestnya bercuti Mie, Ganu kita...

    BalasPadam
  7. Kami pun di Ganu cuti sekolah kali ni. Panas dia ya Rabbana.. Tak tahan.. Huhu..

    BalasPadam
  8. Salam manis duhai Ibu... :D

    Kalau ku turut rasa di hati,
    Mahu ku ikut Ibu bercuti.. :D

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama30 Mac, 2013

    js puya negeri...tak smpt nk blk...^^
    mesti byk shopping kan sis...terutama keropok..hehe

    BalasPadam
  10. bestnya jalan2 kat KT

    BalasPadam
  11. kak mie menginap kt area batu 6 ke???? xp shopping batik kt Desa Murni ke???hehehe...

    BalasPadam
  12. ooh best tu jalan2 seisi keluarga...

    btw sy ada tag ibu utk satu segmen....kalau sempat ibu join la ye...http://www.timizero.my/2013/03/weeehu-giveaway-pggp-daku-amat.html

    BalasPadam
  13. As salam ibu..lenkali bole sggh dungun jgk yer hehe.

    www.sfbeautydungun.blogspot.com

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA