Sabtu, 30 Jun 2012

Tanggungjawab Siapa?

memasak, membasuh, mengemas... Mari kita berkongsi kisah Sayyidina Umar r.a dengan seorang lelaki. Lelaki itu terpaku di luar rumah Sayyidina Umar al-Khattab. Tidak jadi dia hendak memberi salam kepada tuan rumah. Tak sangka Sayyidina Umar hanya diam saja bila isterinya merungut sesuatu dan berceloteh panjang. Tidak terdengar...


Khamis, 28 Jun 2012

Dompet Isteri

"Dompet Isteri" begitulah tajuk rancangan Semanis Kurma malam nanti. Pada pendapat ibu, dompet isteri bermaksud isteri yang bekerjaya dan mempunyai pendapatan sendiri. Insyaallah, moga banyak persoalan yang berkisar tentang tajuk ini akan terjawab nanti.  Kemas kini Alhamdulillah banyak ilmu yang dikutip melalui rancangan ini. Antara yang ibu ingat...


Rabu, 27 Jun 2012

Mutiara Kata ♥ Keindahan Alam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Alam ini.. Anugerah yang tidak ternilai harganya. Keindahannya mencerminkan keperibadian manusia....


Isnin, 25 Jun 2012

Bersua di Alam Maya

Coretan ini sudah lama tersimpan Hanya menunggu masa untuk diterbitkan Ceritera ibu dan seorang teman Jua sebagai catatan kenangan Sepatutnya, semalam ibu terbitkan Sempena ulang tahun kelahiran Namun, disebabkan sesuatu yang tak dapat dielakkan Hanya lewat malam ini barulah dapat jadi tatapan Saat itu masih segar dalam ingatan Ibu...


Ahad, 24 Jun 2012

Jom! Join Bloglist Cik Rose Cute

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Buat rakan-rakan ibu yang nak join segmen ni boleh klik banner. Segmen ni berakhir petang ini.   Harap-harap masih sempat buat kita kerana&nbs...


Sunyi & Sepi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Teratak maya ibu ini sunyi dan sepi lagi. Bukan merajuk, jauh sekali berkecil hati. Hanya memberi tumpuan terhadap tugas hakiki. Minggu depan, sekali lagi anak-anak didik bakal diuji. Jadi, cikgunya ni perlulah mempersiapkan diri agar tidak kecewa lagi. Keputusan ujian bulan Jun tidak menggembirakan....


Selasa, 19 Jun 2012

Sabarlah Duhai Hati

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Selasa kian melabuhkan tirainya.  Bermakna sudah sehari teratak maya ibu ini sepi tanpa bicara.  Namun, terima kasih tak terhingga buat rakan-rakan yang sudi singgah dan menyapa.    Hari ini ibu ingin meluah rasa. Soal kerja yang dirasakan tiada penghujungnya. Malah, terkadang...


Isnin, 18 Jun 2012

Selamat Tinggal Terengganu..

Hari ini ibu nak kongsikan pula catatan ringkas hari terakhir kami di Kuala Terengganu. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Tengku Tengah Zaharah yang lebih dikenali dengan Masjid Terapung. Sebenarnya, kami dah pun singgah di sini pada hari pertama. Hari ini singgah lagi atas permintaan anak-anak.    Ibu bersama adik-adik...


Ahad, 17 Jun 2012

Terima Kasih Ayah

Buat ayahanda tercinta.. Ayah.. Bukan sedikit dugaan kau lalui Terlalu banyak ranjau terpaksa kau redahi Demi membesarkan dan mendidik kami Hingga kami berada di sini Bertali arus dugaan tiba Namun, tidak pernah kau berputus asa Demi melihat anak-anakmu berjaya Menggenggam segala cita Banyak yang kau berikan Buat kami menerangi kehidupan Kau...


Menyusuri Muara Sungai Terengganu

Ibu ialah anak desa yang dibesarkan di sebuah perkampungan di tebing Sungai Pahang. Untuk pulang ke kampung emak dan ayah juga, kami terpaksa menaiki bot menyusuri Sungai Pahang kerana ketika itu masih belum ada jalan raya.  Justeru tidak hairanlah ibu amat gemar menikmati keindahan alam semula jadi terutama keindahan di pinggiran sungai.   Pengalaman...


Sabtu, 16 Jun 2012

Jalan² di Taman Tamadun Islam

Setelah para ibu berjaya melaksanakan misi Cuci Dompet di Pasar Payang, tibalah pula saat memenuhi permintaan anak-anak. Destinasi kami seterusnya adalah ke sini..  Taman Tamadun Islam; taman tema bercirikan Islam yang pertama di dunia. Masuk je ke TTI ni kami terus ke Masjid Kristal.  Gambar yang cukup cantik daripada Google Image  Yang...


Cuci-cuci Dompet @ Pasar Payang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Setelah beberapa hari menyepi, baru hari ini ibu berkesempatan menjengah ke sini. Minggu ni ibu agak sibuk. Inipun baru pulang dari sekolah; ada kelas tambahan untuk murid tahun enam. Ini cerita basi sebenarnya. Cerita tentang aktiviti semasa bercuti di Terengganu dua minggu lepas. Hari kedua di...


Rabu, 13 Jun 2012

Mutiara Kata ♥ Sabar Itu Indah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ...


Selasa, 12 Jun 2012

Qaseh Nur Insyirah

Anak saudara ibu bertambah seorang lagi menjadi 20 orang kini. Berita kelahiran Qaseh Nur Insyirah ibu terima pada awal pagi 5 Jun yang lepas, semasa sedang bercuti di Terengganu. Qaseh ialah anak saudara perempuan yang ke-12.  Sebenarnya, ibu belum berkesempatan bertemu dengan Qaseh. Selepas lahir, Qaseh terus dibawa pulang dari Hospital Temerloh ke...


Isnin, 11 Jun 2012

Exclusive Giveaway!!..Kain Pasang Raya 2012..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Bagi sesiapa yang nak kain pasang untuk buat baju raya, jom join GA sulung anjuran Y&E AnggunCollection ni..  Bagi yang nak join, sila klik banner di atas  Tarikh tutup: 12 Jun 2012 (11.59 mlm) (tinggal sehari je lagi..)  Tag:  Jemari Asmara Izan Ishak Jemari Suri...


Ahad, 10 Jun 2012

Yang Rajin Berbicara

Rakan-rakan yang berkunjung ke sini tentu ingat lagi pasal janji ibu kelmarin. Ala, janji yang kononnya ibu nak buat kejutan tu. Sebenarnya, bukanlah kejutan sangat pun. Saja buat gempak je.. hihi.. Jangan marah tau.. Beberapa hari sebelum ibu sekeluarga bercuti ke Terengganu, ibu dahpun tempah cenderahati khas buat top 5 komentar di blog ibu ni. Sehari sebelum...


Jumaat, 8 Jun 2012

Terima Kasih Semua..

 Hari ini, genap enam bulan usia Ibu Berbicara   Selama 6 bulan ibu berbicara di sini, ramai sudah rakan yang ibu kenali. Melalui interaksi alam maya ini jugalah ibu bersua kembali dengan rakan yang telah lama terpisah. Merekalah yang setia membaca coretan ibu dan meninggalkan komen berupa nasihat, pandangan dan sokongan...


Khamis, 7 Jun 2012

Bertemu Kembali Selepas Sepuluh Tahun

Semasa bercuti di Terengganu, tanpa disangka-sangka, ibu bertemu semula dengan kereta yang pernah berjasa kepada ibu sekeluarga. Walaupun telah sepuluh tahun berlalu, Encik saga ini ini masih dalam keadaan yang cukup baik. Melihat keadaan kereta ini baik di luar mahu pun di dalam, ternyata tuan empunya kereta ini sekarang menjaganya dengan...


Rabu, 6 Jun 2012

Mutiara Kata ♥ Akhlak dan Amal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ...


Selasa, 5 Jun 2012

Kenangan di Pulau Duyong

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang   Hari ini berakhirlah percutian ibu sekeluarga ke Kuala Terengganu setelah tiga hari tiga malam di sini. Sekarang kami dalam perjalanan pulang. Sambil menemankan ayah memandu, bolehlah ibu buat catatan. Kalau tidak dah tentu ibu zzzzzzzzz sepanjang perjalanan. Maklumlah dah penat jalan-jalan...


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA