Anak saudara ibu bertambah seorang lagi menjadi 20 orang kini. Berita kelahiran Qaseh Nur Insyirah ibu terima pada awal pagi 5 Jun yang lepas, semasa sedang bercuti di Terengganu. Qaseh ialah anak saudara perempuan yang ke-12.
Sebenarnya, ibu belum berkesempatan bertemu dengan Qaseh. Selepas lahir, Qaseh terus dibawa pulang dari Hospital Temerloh ke rumah nenek sebelah ibunya juga di Temerloh. Harap-harap Sabtu nanti dapatlah ibu bertemu dengan Qaseh.
Inilah Qaseh Nur Insyirah.
Gambar semalam yang ibu ambil daripada FB ayah Qaseh; adik ke-5 ibu.
Ini abang Qaseh; Muhammad Addinnul Iman yang baru je menyambut hari lahir pada 24 Mei yang lepas. Ibu pernah bercerita tentang Iman di sini. Iman ni banyak copy rupa ayah manakala Qaseh pulak ibu tengok banyak ambik rupa ibunya..
Alhamdulillah, setelah lama bersabar menunggu untuk mendapat cahayamata, akhirnya adik ibu dan isterinya dikurniakan putera dan puteri berturut tahun..
Tahniah buat Mohd Zamri Abdul Rahim & Junainah Jaafa.
Tahniah juga buat Muhammad Addinnul Iman yang dah bergelar abang.
salam ....
BalasPadamkak salmi tambah anak saudara moga di tambah jua dengan rezeki yang melimpah amin......
Amin.. tkasih Yan.
PadamTAHNIAH........bertmbah lg la bilangan ank sdara...raya ni kak mie kena tambah lagi duit raya...hi.hi.hi...
BalasPadamcomelnya Qaseh.....cubby......geram rasa nk gomol2 pipi dia tu....
tq Yah..
Padamakak sendiri belum jumpa.. harap2 cuti hujung minggu ni dapatlah berjumpa.. tak sabar pulak..
comelnye budak 2 orang tu..abang hensem adik cantik ;)
BalasPadamUM, memang geram je tengok kan..
Padambertambah lagi angpow raya..hihi...mesti meriah kan!
BalasPadamMemang angpow bertambah setiap tahun.. hihi.. Dah tentu meriah JS.. Di sini 20 orang, di kg suami 10 orang..
Padam