Khamis, 7 Jun 2012

Bertemu Kembali Selepas Sepuluh Tahun

Semasa bercuti di Terengganu, tanpa disangka-sangka, ibu bertemu semula dengan kereta yang pernah berjasa kepada ibu sekeluarga. Walaupun telah sepuluh tahun berlalu, Encik saga ini ini masih dalam keadaan yang cukup baik.

Melihat keadaan kereta ini baik di luar mahu pun di dalam, ternyata tuan empunya kereta ini sekarang menjaganya dengan baik sekali. Yang berubah hanyalah warnanya. Sebelum dijual, kereta ini dicat dengan warna kegemaran ibu; hijau.

Inilah kereta yang mula-mula ibu pandu setelah berjaya mendapat lesen memandu. Ketika itu kami masih tinggal di Mersing. Kereta ini jugalah yang menjadi pengangkutan ibu sekeluarga ketika pulang ke kampung encik suami di Simpang Renggam dan kampung ibu di Jerantut.

Andai kereta ini tidak dijual, rasa-rasanya dah lama jadi besi buruk. Almaklum, tuan lamanya bukan daripada spesies yang suka membelek-belek dan menyolek kereta. Kereta yang digunakan sekarang pun nampak lebih usang berbanding encik saga ni. 

Gembira rasanya apabila melihat sesuatu yang pernah menjadi kesayangan kita masih dihargai dan dijaga dengan baik sekali. Selepas ini, tak pasti bolehkah ibu berjumpa lagi dengan encik saga ni. 


6 ulasan:

  1. mesti kereta byk kenangan buat akak kan...

    BalasPadam
  2. akak, try akak klik sini maybe blh membantu...
    http://last-comments.blogspot.com/p/top-commenters-of-period.html

    BalasPadam
  3. Mesti tersingkap kenangan lama.. Bukan senang kak nak terserempak macam ni.. :D

    BalasPadam
  4. mcm jejak kasih lak kak mie....he.he.he...
    sama la dgn yah, tau bw kereta ttp malas nk cuci...abglh slalu jadi mangsa........

    BalasPadam
  5. kak mie.. kami pun kalau nampak kereta kancil pertama jadi rindu sangat2. mujurlah jual pun pada anak sedara en Hubby aje. bila nmpk tu jadi terkenang2 kisah dulu...

    BalasPadam
  6. mesti terkenang byk kenangan dengan en saga.Alhamdulillah en saga masih lg berbakti dengan jayanya.hehe

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA