Jumaat, 8 Jun 2012

Terima Kasih Semua..

 Hari ini, genap enam bulan usia Ibu Berbicara
 
Selama 6 bulan ibu berbicara di sini, ramai sudah rakan yang ibu kenali. Melalui interaksi alam maya ini jugalah ibu bersua kembali dengan rakan yang telah lama terpisah. Merekalah yang setia membaca coretan ibu dan meninggalkan komen berupa nasihat, pandangan dan sokongan buat ibu serta anak-anak. Terima kasih semua..

Walau tak pernah bersua muka, jauh sekali bertentang mata, namun hubungan ini terasa begitu mesra.. Moga ukhwah yang terjalin akan terus kekal dan berpanjangan..

P/s: Bakal ada sedikit kejutan buat pengunjung setia Ibu Berbicara






9 ulasan:

  1. Walaupun baru kenal kak mie (pun hanya melalui alam maya), tapi rasa 'mesra' itu cukup meresap dalam jiwa.. semoga ukhuwah berpanjangan..

    ps: apakah kejutan itu agaknya.. :D

    BalasPadam
  2. terima kasih juga kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak di blog saya.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama08 Jun, 2012

    wah diam tak diam dh 6 bln ye kak...hihi..
    nmpk kt sblh pun ada yg baru kan utk komentar tu..^^

    nasib baik jadi kak kalau tak js duk fikir nk wat camne la yg js jumpa aritu...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi.. bila JS bagi link tu, akak terus cuba.. alhamdulillah mudah je buatnya.. terima kasih..

      Padam
  4. terima kasih jugak sudi mnjdi sahabat maya saya...
    tak sabar nak tnggu kejutan tu....

    BalasPadam
  5. kalau xde n3 kt sini rasa mcm ada sesuatu yg dirindui...krn alam mayalah yg menyatukan kita semula walaupun entah bila mampu brsua kembali.......

    BalasPadam
  6. tahniah kak mie... terus happy2 berblogging ye.

    6 bulan terasa kejap je kan. kawan2 alam maya ni mmg rasa mcam dah kenal lama aje wpun tak pernah bersua muka...

    BalasPadam
  7. salam....
    kak salmi walaupun kita kenal dialam maya....tapi yan rasa macam
    dah lama kenal....macam kakak dan adik pula.....
    bila ianya akan menjadi nyata......
    tahniah dan berbahgia selalu......

    BalasPadam
  8. Tahniah Kak Mie,sekejap je dah setengah tahun ibu berbicara..semoga akan terus menitipkan cerita2 dan info menarik..:)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA