Selasa, 5 Jun 2012

Kenangan di Pulau Duyong

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

 

Hari ini berakhirlah percutian ibu sekeluarga ke Kuala Terengganu setelah tiga hari tiga malam di sini. Sekarang kami dalam perjalanan pulang. Sambil menemankan ayah memandu, bolehlah ibu buat catatan. Kalau tidak dah tentu ibu zzzzzzzzz sepanjang perjalanan. Maklumlah dah penat jalan-jalan dan makan-makan. 


Mengikut perancangan awal, kami di Kuala Terengganu selama dua malam sahaja. Namun, memandangkan banyak lagi tempat yang belum dijelajahi dan dompet pun masih berisi, kami menyambung percutian sehari lagi. Jika dua malam pertama kami menginap di Pulau Duyong, malam ketiga pula kami di Pulau Ketam.

 

Di Pulau Duyong kami menginap di sebuah homestay di tepi sebuah perkampungan nelayan. Selain itu, kawasan ini juga merupakan tempat pembinaan kapal yang terkenal. 

 

 
 
Ini gambar di pekarangan homestay tempat kami menginap di Pulau Duyong. Di belakang itu adalah kapal yang sedang dalam pembinaan. Jika ada yang nak tempah kapal, bolehlah ke sini. Buaian ini juga adalah tempahan daripada pelanggan.

P/s: Along yang sedang belajar di Kuala Terengganu tidak melepaskan peluang bercuti bersama kami .


7 ulasan:

  1. slm pknln...

    best nye cuti2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan juga drp saya.. Terima kasih sudi singgah sini

      Padam
  2. seronoknya cuti2 kat teganu kak mie...

    baru dpt tgk gmbr kak mie n famili...

    BalasPadam
  3. cantik buai tuh....brapa la agaknya harga dia kan....kalau dekat leh tempah....salam kenal!

    BalasPadam
  4. Aduhai kak mie.. kita di Ganu di hari yg sama, lokasi yang tak jauh mana. Tapi bukan rezeki kita lagi nak bersua muka. Harap2 di lain masa, insyaAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah Zefa.. Harap2 dapat berjumpa juga suatu masa nanti.. Insyaallah, anak2 pun lama lagi di Ganu.

      Padam
  5. wah, bercuti sakan tu......xsabar nk tunggu n3 seterusnya.

    Good luck utk along.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA