Review Blog 2.0
Segmen pertama yang ibu sertai setelah menyepi sekian lama. Teringin nak tahu apakah komen Sheila tentang blog ibu ini nanti. Terima kasih Sheila atas undangan,
Ps: Klik banner untuk turut serta....
Rasulullah SAW bersabda: "Menguap ketika solat
itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap, maka tahanlah
sebisa mungkin". (HR Thabrani).
Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan
akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara
azan tersebut. Apabila muadzin...
Tika orang lain sedang lena diulit mimpi, kami sekeluarga masih meredah kepekatan malam menuju destinasi; baiti jannati. Namun, kami tidak sendirian. Puluhan kenderaan turut menemani kami di jalanan.
Moga perjalanan yang masih berbaki hanya beberapa kilometer ini terus dipermudahkan dan kami sekeluarga tiba dengan selamat. Aamiin....
Assalamualaikum wbt.. Hari ini dah 4 hari kita di bulan Syawal. Tentu masing-masing masih sibuk beraya. Bagi ibu sekeluarga, aktiviti beraya seperti makan-makan dan jalan-jalan terhenti seketika pada Syawal ke-4 ini.
Hari ini Angah dan Ude pulang ke kolej masing-masing. Boleh dikatakan sepanjang hari kami berada di atas jalan raya. Pagi tadi selepas...
Assalamualaikum.
Alhamdulillah sudah dua hari kita di bulan kemenangan ini. Tentu masing-masing sibuk menziarahi saudara mara dan sahabat handai sambil bermaaf-maafan.
Rasanya tidak kurang juga yang beraya di depan televisyen. Maklum sajalah, ketika raya ini stesyen-stesyen televisyen bagai berperang...
Salam
Syawal 1434H buat semua rakan dan pengunjung Ibu Berbicara.
Dari kejauhan
ibu menyusun sepuluh jari
memohon
maaf andai ada tersilap kata, terlanjur bicara.
Moga
kalian bergembira di Aidilfitri yang mulia.
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
Ikhlas,
...
Alhamdulillah, dapat juga ibu berbicara di sini setelah sekian lama menyepi. Maaf ibu pohon buat pengunjung blog kecil ibu ini juga buat teman-teman yang sapaan mereka belum berbalas.
Sebenarnya, ibu agak sibuk pada Ramadan kali ini. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi UPSR bakal menjengah. Namun demikian, anak didik belum...
Sering kali kita jadi buta.
Tidak nampak permata di depan
mata.
Yang dikejar hanyalah kilauan kaca.
Hanya setelah permata
itu ditemui oleh orang yang pandai menghargainya, barulah kita
sedar bahawa kita telah kehilangan sesuatu yang berharga.
Kaca yang dikejar
akhirnya membuat jari terluka.
Saat itu baru kita sedar bahawa
kita sudah terlambat...
Sambil mencari-cari maklumat sebentar tadi, ibu terjumpa sebuah artikel yang cukup menarik. Ibu kongsikan di sini untuk renungan bersama. Moga bermanfaat ...
Seringkali apabila cinta beralih arah, isteri dipersalahkan:
Isteri tidak pandai pikat suami
Isteri kurang menghias diri
Isteri tidak berdandan rapi
Isteri sibuk dengan kerja sendiri
Wahai...
Tujuh kisah berikut amat menarik untuk dikongsikan bersama. Renungan buat kita pada petang Jumaat yang indah ini.
Suatu hari, ketika semua penduduk kampung berkumpul untuk berdoa memohon hujan, hanya ada seorang
budak lelaki yang membawa payung …Itulah
IMAN
Ketika kamu melemparkan seorang bayi ke udara, dia tertawa...
Kali ini kami menyambut Ramadhan tanpa Angah dan Ude. Tahun ini adalah tahun kedua Angah berpuasa di rantau orang tapi kali pertama buat Ude. Alhamdulillah, Along dah cuti semester, dapatlah berpuasa dengan kami kali ini.
Dua minggu lepas Ude hubungi ibu dan maklumkan yang dia ingin balik sebelum menyambut puasa. Jumaat minggu lepas kami ke Kuala Pilah...
Sijil Pengiktirafan Kejayaan 2012 daripada Yayasan Pahang
Balik dari
sekolah petang tadi, seorang jiran yang juga merupakan guru di sekolah
menengah tempat anak-anak ibu belajar datang ke rumah dan menyerahkan
sijil dan sampul surat.
Sijil dan wang tunai ini merupakan penghargaan daripada Yayasan Pahang atas kejayaan Ude dalam SPM tahun lepas....
Assalamualaikum wbt.
Ramadhan Kareem
menjengah lagi. Alhamdulillah syukur. Moga kita dipanjangkan usia, diberi
nikmat masa dan kesihatan untuk meningkatkan ibadah sepanjang bulan yang penuh
rahmat dan keberkatan ini.
Pada kesempatan
ini ibu ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan sepanjang perkenalan. Sama-samalah...
Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Nampaknya dari sehari ke sehari koleksi Fridge Magnet ibu makin bertambah. Sebenarnya, tak pernah terlintas untuk mengumpul fm. Namun, semuanya bermula dengan cenderahati daripada kaum keluarga dan teman-teman.
Penghujung Jun lepas ibu terima kiriman fm lagi. Fm kali ini daripada teman tersayang, Ummiross. Terima...
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H / 2013M
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Melaka
Negeri Sembilan
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
Wilayah Persekutuan Labuan
Sumber: JAK...
Giveaway 10K Followers Mialiana.com
Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
Follow blog Mialiana.com, Add Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
Wajib...
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan
puasa adalah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah.
Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa
cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
"Penyimpan Mohor...
MajlisTilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-55 yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur dari 29 Jun yang lalu telahpun berakhir sebentar tadi. Berikut
adalah senarai pemenang Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-55:
Qari
Johan: Dasrizal Bin Marah Nainin (Indonesia) - 93.26%
Naib
Johan: Mohammad Mashmoul...
Tahun ini ibu mengajar subjek Dunia Seni Visual Tahun 3. Sebenarnya, subjek DSV ini adalah subjek yang amat menarik di mana kita dapat melihat dan menilai kreativiti murid-murid. Walau bagaimanapun, subjek ini juga sering menguji kesabaran para guru.
Masalah yang sering timbul adalah kesukaran murid-murid membawa peralatan dan bahan yang telah dipesan...
Syukur, Alhamdulillah kerana masih ramai yang sudi berkunjung ke blog ini biarpun bilangan entri semakin berkurangan. Ini membuktikan terdapat entri-entri lama yang menjadi tarikan kepada para pengunjung.
Setelah semakan dibuat di Google Analytics, didapati ada peningkatan yang ketara dalam jumlah kunjungan berbanding bulan-bulan sebelumnya. Jika...
Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Pahang 2013 telah berlangsung di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec), Jerantut pada 19 hingga 21 Jun yang lalu. Pada konvensyen kali ini sekolah ibu mewakili daerah Jerantut dalam tujuh daripada lapan acara yang dipertandingkan iaitu tokoh Dr. Muda, inovasi, sketsa, bercerita bahasa Melayu, bercerita bahasa...