Ahad, 31 Mac 2013

Segmen Blogger Muslimah


Warna baju: hijau
Warna tudung: pink
Nickname: Ibu Berbicara
 
Tag:
 
Apit akan buatkan doodle untuk 100 orang blogger pertama yang menyertai segmen ini. 

Ps: Entri penutup suku pertama tahun ini.


Asmaul Husna: Fadhilat dan Kelebihan

Asmaul Husna

Dari segi bahasa, Asmaul Husna bermaksud nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barang siapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia ke dalam syurga" - Riwayat Bukhari

Fadhilat Zikir Asmaul Husna: 
(dipetik dari buku "Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran" susunan Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi) 

1. Ya Allah: Yang Mengeluarkan Sekalian Makhluk dari Tiada Menjadi Ada.
Apabila dizikirkan 500 kali setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar untuk mencapai segala yang dihajati. 

2. Ya Rahman: Kasih Sayang kepada Hamba-Nya di Dunia.
Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 kali, maka hati kita akan menjadi terang, tenang dan sifat-sifat pelupa dan gugup akan hilang dengan izin Allah. 

3. Ya Rahim: Yang Kasih Sayang kepada Orang-orang Mukmin pada Hari Akhir
Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga  manusia merasa cinta dan kasih serta sayang terhadap kita. 

4. Ya Malik: Yang Mempunyai Kerajaan
Apabila dizikirkan sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah. 

5. Ya Quddus: Yang Maha Suci
Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dan lain-lain. 

6. Ya Salam: Sejahtera daripada Kekurangan
Apabila dizikirkan sebanyak 136 kali, InsyaAllah jasmani dan rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan  menjadi segar sihat dan sejahtera. 

7. Ya Mukmin: Yang Mengimamkan Hamba-Nya
Apabila dizikirkan sebanyak 236 kali, InsyaAllah diri kita, keluarga dan segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara dan aman dari segala macam gangguan yang merosakkan. 

8. Ya Muhaimin: Yang Sangat Menyintai dan Memelihara.
Apabila dizikirkan sebanyak 145 kali sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran dan hati kita akan menjadi terang dan bersih. 

9. Ya ‘Aziz: Yang Maha Perkasa.
Apabila dizikirkan sebanyak 40 kali sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan. 

10. Ya Jabbar: Yang Sangat Gagah.
apabila dizikirkan sebanyak 226 kali pagi dan petang, semua musuh akan menjadi tunduk dan patuh dengan izin Allah. 

11. Ya Mutakabbir: Yang Maha Besar.
Apabila dizikirkan sebanyak 662 kali, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12. Ya Khaliq: Yang Menciptakan Makhluk-Nya
Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731 kali, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham.

13. Ya Baarii: Yang Menerbitkan Makhluk.
Sekiranya kita berada dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 kali selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran dan sembuh dari penyakit tersebut. 

14. Ya Musawwir: Yang Merupakan Makhluk.
Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air dan dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 kali, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi si suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 kali, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh. 

15. Ya Ghaffaar: Sangat Mengampuni.
Sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 kali sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita. 

16. Ya Qahhaar: Yang Sangat Keras.
Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 kali, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan dan kemewahan dunia, InsyaAllah orang yang selalu memusuhi kita akan sedar dan tunduk akhirnya. 

17. Ya Wahhaab: Yang Sangat Memberi.
Dizikir sebanyak 100 kali sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, InsyaAllah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang. 

18. Ya Razzaq: Yang Sangat Memberi Rezeki.
Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal dan membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir. 

19. Ya Fattah: Yang Membuka Khazanah Rahmat.
Dizikir sebanyak 71 kali sesudah selesai solat subuh, InsyaAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.         

20. Ya ‘Aalim: Mengetahui.
Dizikir sebanyak 100 kali setiap kali selesai solat Maktubah, InsyaAllah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna. 

21. Ya Qaabidhu: Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi Seseorang yang Disempitkan.
dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah dan terlepas dari segala bentuk ancaman. 

22. Ya Baasithu: Maha Melapangkan.
Bagi mereka yang berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha dan berniaga itu dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah. 

23. Ya Khaa’fidh: Yang Menurunkan.
Dizikirkan sebanyak 500 kali setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk dan tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya. 

24. Ya Raafi: Maha Mengangkat.
Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 kali, InsyaAllah harta benda di rumah, di kedai atau  di tempat-tempat lain akan selamat dan terhindar dari kecurian. 

25. Ya Mu’izz: Maha Menang dan Memberi kepada yang Dikehendaki-Nya.
Dizikirkan sebanyak 140 kali setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan. 

26. Ya Muzill: Yang Merendahkan atau Menghinakan.
Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita dan sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar dan membayar hutangnya kembali. 

27. Ya Samii: Maha Mendengar.
Sekiranya inginkan doa kita makbul dan pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab. 

28. Ya Bashiir: Maha Melihat.
Dizikirkan sebanyak 100 kali sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak dan selalu diberikan taufik dan hidayah daripada Allah. 

29. Ya Hakam: Yang Menetapkan Hukum-hukum Makhluk-Nya.
Dizikirkan sebanyak 68 kali pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama dan membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama. 

30. Ya Adllu: Yang Maha Adil.
Dizikirkan sebanyak 104 kali setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil. 

31. Ya Lathiif: Yang Maha Halus.
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan maju. 

32. Ya Khabiir: Yang Maha Mengetahui atau Waspada.
Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama. 

33. Ya Haliim: Maha Penyayang dan Penyabar.
Dizikirkan sebanyak 88 kali selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar  atau diungkit-ungkit atau tergugat. 

34. Ya ‘Aziim: Maha Agung.
Dizikirkan sebanyak 12 kali setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12kali kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan dan sebagainya. 

35. Ya Ghafuur: Maha Pengampun.
Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa dan beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah. 

36. Ya Syakuur: Yang Sangat Syukur.
Dizikirkan sebanyak 40 kali sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting dan terdesak. 

37. Ya ‘Aliy: Yang Maha Tinggi Martabatnya.
Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 kali (dalam bahasa Arab) lalu direndam pada air yang dingin dan diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang dan tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab. 

38. Ya Kabiir: Yang Maha Besar.
Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 kali selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat). 

39. Ya Hafiiz: Yang Maha Memelihara.
Dizikir sebanyak 99 kali, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan. 

40. Ya Muqiit: Yang Menjadikan Makanan.
Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang. 

41. Ya Hasiib: Yang Menghisab atau Menghitung.
Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 kali sebelum matahari terbit dan selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan. 

42. Ya Jaliil: Yang Maha Agung dan Mulia.
Barang siapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita  akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan -  perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat dan begitulah seterusnya dengan izin Allah. 

43. Ya Kariim: Mulia atau Yang Maha Pemurah.
Untuk mencapai darjat yang tinggi dan mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 kali ketika hendak  masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini. 

44. Ya Raqiib: Yang Maha Mengamati/Mengintai
Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 kali setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh dan sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal dan yakinlah kepada Allah. InsyaAllah. 

45. Ya Mujiib: Yang Memperkenankan.
Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. Ya Waasi: Maha Luas Kepunyaan-Nya.
Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 kali setiap pagi dan petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. Ya Hakiim: Yang Maha Bijaksana
Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas dan lancar dalam menghafal dan mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300 kali setiap hari.

48. Ya Waduud: Maha Mencintai Orang-orang yang Beriman
Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 kali pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi dan rumahtangga kita akan sentiasa harmoni.

49. Ya Majiid: Yang Maha Mulia dan Maha Luhur.
Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi dan menghormati, khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 kali, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan dan usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga akan menyayangi dan menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. Ya Baa’its: Maha Membangkitkan Makhluk-Nya di Hari Kemudian.
Zikirkan sebanyak 100 kali dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu dan hikmah.

51. Ya Syahiid: Maha Menyaksikan.
Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 kali secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar dan berubah perangainya.

52. Ya Haq: Maha Besar.
Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman dan taat dalam menjalankan perintah Allah.

53. Ya Wakiil: Maha Melaksanakan Urusan Makhluk-Nya.
Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda dan kembali seperti sediakala. Juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.

54. Ya Qawiy: Yang Maha Kuat.
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. Ya Matiin: Maha Sempurna Kekuatan-Nya.
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. Ya Waliy: Maha Melindungi
Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. Ya Hamiid: Yang Terpuji.
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. Ya  Muhshiy: Yang Memperhitungkan Setiap Amal Makhluk-Nya, dan Membalasnya.
Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. Ya Mubdiu: Yang Menzahirkan Makhluk-Nya.
Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 kali setiap hari. InsyaAllah.

60. Ya Mu’id: Yang Mengembalikan.
Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 kali setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. Ya Muhyiy: Yang Menghidupkan.
Amalkan zikir ini sebanyak 58 kali setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia dan akhirat kelak.

62. Ya Mumiit: Yang Mematikan.
Barang siapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya. Juga jika dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, InsyaAllah akan dapat menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.

63. Ya Hayyu: Yang Hidup.
Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini. Juga apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.

64. Ya Qayyuum: Yang Berdiri Sendiri.
Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari pada waktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.

65. Ya Waajid: Zat yang Menemukan Apa yang Dia kehendaki.
Perbanyakkan zikir ini untuk memperoleh keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh dan teguh pendirian.

66. Ya Maajid: Maha Agung dan Mulia.
Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. Ya Waahid: Mendapat Apa yang Dikehendaki-Nya.
Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata dan tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 kali setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan dan selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin dan Khamis, Insya Allah.

68. Ya Somad: Tempat Bergantung bagi Semua Makhluk-Nya.
Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar sentiasa.

69. Ya Qaadir: Maha Kuasa atas Segala Sesuatu.
Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 kali setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. Ya Muqtadir: Yang Sangat Kuasa.
Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. Ya Muqaddim: Zat yang Mendahulukan.
Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barang siapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 kali setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil”.

72. Ya Muahkhir: Zat yang mengakhirkan.
Barang siapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih, InsyaAllah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.

73. Ya Awwal: Yang Terdahulu Dengan Tiada Permulaan.
Barang siapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 kali setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. Ya Aakhir: Yang Kemudian dan Tiada Berkesudahan.
Amalkan berzikir sebanyak 200 kali sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal. Juga apabila dibaca  setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan di akhir umurnya.

75. Ya Dhaahir: Maha Nyata.
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 kali selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik dan sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. Ya Baathinu: Zat yang Maha Ghaib.
Seperti no. 75 juga, tetapi amalkan sebanyak 30 kali sesudah solat fardhu.

77. Ya Waaliy: Maha Menguasai dan Mengurus Semua Urusan Makhluk-Nya.
Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi dan petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.

78. Ya  Muta’aAliy: Yang Maha Tinggi.
Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka  yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya dan segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. Ya Bar: Yang Maha Berbuat Baik.
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. Ya Tawwaab: Maha Menerima Taubat.
Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. Ya Muntaqim: Zat yang Berhak Membalas Setiap Perbuatan Dosa dengan Azab-Nya.
Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita  memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82. Ya ‘Afuww: Yang Memberi Maaf.
Barang siapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. Ya Rauuf: Maha Mengasihi
Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. Ya Maalikul Mulki: Zat yang Mempunyai Kekuasaan.
Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal dan tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 kali sesudah solat fardhu dan 212 kali pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. Ya Zul Jalaali wal Ikraam: Zat yang Mempunyai Ketinggian Kemuliaan yang Sempurna.
Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 kali setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. Ya Muqsith: Yang sangat Adil.
Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan,  InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. Ya Jaami: Yang Mengumpulkan.
Sekiranya ada dalam kalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. Ya Ghaniy: Yang Maha Kaya.
Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari penyakitnya. Juga, amalkanlah zikir ini setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. Ya Mughniy: Zat yang Memberi Kekayaan.
Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan menjadi kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.

90. Ya Maani’: Yang Menolak Bahaya dan lain-lain.
Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 kali pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim dan suka membuat angkara.

91. Ya Dhaarr: Yang Menyampaikan Mudharat.
Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi dan telah puas dihidapi dan telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 kali pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

92. Ya Naafi’: Yang Memberi Manfaat.
Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barang siapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, dan bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. Ya Nuur: Yang Menerangi.
Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barang siapa yang menghendaki kemuliaan yang agung dan memperoleh apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi dan petang.

94. Ya Haadiy: Maha Pemberi Petunjuk
Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya  Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. Ya Baadii: Yang Menciptakan yang Belum Wujud Sebelumnya.
Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting dan bagi memastikan rancangan kita itu berjaya dan berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 kali selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya dan berjalan lancar.

96. Ya Baaqy: Maha Kekal.
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. Ya Waarits: Yang Kembali Kepada-Nya Sekali Makhluk.
Amalkan zikir ini sebanyak 707 kali setiap malam, InsyaAllah akan diberi sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik dan memberangsangkan.

98. Ya Rasyiid: Yang Memberi Petunjuk.
Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca setiap pagi dan petang.

99. Ya Shabuur: Sangat Sabar.
Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

Sumber: sini


Segmen: 300 bloggers

 
Tarikh tamat: 3 April 2013 | 11:59 malam
 
Hari ini ibu join segmen anjuran Paly, seorang blogger muda dari Kelantan. Paly memang rajin update entri dan buat segmen
 
Syarat-syarat: (copy dan paste dari entri penganjur)
  1. Buat satu entri bertajuk "Segmen: 300 bloggers", letak gambar atas dan backlink ke entri ni. 
  2. Publish dan hantar link korang, settle.
Ps: Syaratnya amat mudah. Jomlah join..


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA