Khamis, 13 Jun 2013

Petua Rumah Tangga Bahagia

Isu-isu yang berkaitan dengan pembentukan keluarga bahagia kerap dibincangkan di media masa. Hal-hal yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan memang wajar diperkatakan kerana keluarga merupakan asas dalam pembentukan masyarakat yang bahagia dan sejahtera.

Pembinaan keluarga bahagia mestilah menerapkan cara hidup yang positif berlandaskan ilmu dan nilai-nilai yang baik. Berikut adalah beberapa petua untuk memperoleh keluarga bahagia.
  1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
  2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
  3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
  4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
  5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
  6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
  7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
  8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
  9. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
  10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
  11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
  12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
  13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
  14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
  15. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
  16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
  17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
  18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
  19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
  20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
  21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
  23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

 Sumber: SINI


10 ulasan:

  1. Peringatan utk semua

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama14 Jun, 2013

    bagus entry ni maybe memberi ingatan buat kita pembacanye...^^

    BalasPadam
  3. good info kak ibu salmi... sering mencuba jadi yang terbaik buat Mr H

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum ibu, thanks sharing.. bagus ni. sheila mohon share dekat fanpage sheila ye :)

    BalasPadam
  5. Jemput join first time GA saya yer.

    http://syurgakasih.blogspot.com/2013/06/saya-buat-giveaway.html

    BalasPadam
  6. Tima kasih ibu... sangat berguna info nie..

    BalasPadam
  7. Assalam..salam ziarah! Terima kasih atas ingatan petua tu! ;)

    BalasPadam
  8. InsyaAllah...moga ianya menjadi ingatan dan panduan....

    BalasPadam
  9. yang penting mengambil berat antara satu sama lain kan kak :)

    BalasPadam
  10. Yang no 23 tu adalah kunci segalanya.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA